Insan & Komuniti 11 Feb, 2024

Demi persahabatan! Rakan-rakan raikan Tahun Baharu Cina bersama Tong Soo Mei! Hidup sebatang kara!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this

Tong Soo Mei bertopi merah bersama rakan-rakannya


Biasanya majlis makan besar pada perayaan Tahun Baru China diraikan bersama keluarga terdekat. Namun lain pula bagi Tong Soo Mei, 62 tahun, yang tinggal di Sri Hartamas, Kuala Lumpur yang meraikan bersama rakan-rakan berbangsa Melayunya. 

Beliau yang sudah kematian suami dan ibu bapanya, juga tidak mempunyai anak anak, mahu menyambutnya bersama rakan rakan lama sekolah menengahnya dulu untuk merasakan kegembiraan Tahun Baharu Cina 2024 ini.  

Baginya jika tidak bersama kawan-kawan, beliau akan rasa kesunyian dan sedih disebabkan ahli keluarga yang lain tidak ada untuk meraikan hari besar mereka itu. 


Tong Soo Mei, 62, dari Sri Hartamas KL

Tong Soo Mei memberitahu, beliau rapat dengan kawan kawan berbangsa Melayunya kerana mereka memahami apa yang dia lalui sebagai seorang warga emas yang tinggal seorang diri.  

Kawan-kawan beliau juga berusia 62 tahun adalah kawan-kawan sekolah menengahnya di Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Seksyen 14, Petaling Jaya. Mereka bersahabat sejak lebih 40 tahun yang lalu. 

Keakraban persahabatan mereka menampakkan keharmonian dan perpaduan berbilang kaum yang terjalin sejak mereka masih muda lagi. 

Masing -masing memakai baju berwarna merah untuk meraikan majlis makan yang ditaja Tong Soo Mei disalah sebuah kedai Melayu di Sri Hartamas.  



Tong Soo Mei memberitahu, beliau merancang mengadakan pertemuan dan majlis makan besar sempena Tahun Baru China bersama rakan rakan berbangsa Melayunya sejak sebulan yang lalu. 

Seramai 15 orang rakan-rakannya bersetuju untuk hadir. Beliau telah menempah makanan dari sebuah kedai Melayu dan mengajak kawan kawannya meraikan hari kebesaran itu bersama rakan-rakannya. 

Beliau berasa sangat gembira kerana kawan-kawannya telah sudi menemani beliau untuk meraikan petang Tahun Baharu China dengan penuh kemeriahan. 


Rakan-rakan Tong Soo Mei

Intan Jailani rakan Tong Soo Mei memberitahu, rakan-rakan nya memahami keadaan Tong Soo Mei yang tinggal seorang untuk meraikan Tahun Baharu. 

Mereka berpakat untuk menggembirakan rakan berkenaan. Ada rakan yang membawa kek dan hadiah untuk Tong Soo Mei. 

Semua rakan-rakan ya memberitahu, mereka mahu menemani Tong Soo Mei meraikan Tahun Baharu Cina dengan penuh kegembiraan, walaupun beliau tidak mempunyai keluarga untuk meraikan bersamanya. - KitaReporters



Rakan-rakan sekolah Tong Soo Mei

12
14
0
16
0
You will be interested