Insan & Komuniti 05 Nov, 2022

Sanggup pakai kostum dan berpanas! Mahu rahsiakan kemenangan loteri! Elak dicam isteri, anak-anak!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


GARA-GARA tidak mahu berkongsi wang yang dimiliki, seorang lelaki dari China sanggup merahsiakan kemenangan loteri yang berjumlah 219 juta yen (RM143 juta) daripada pengetahuan keluarganya.

Lebih dahsyat, lelaki berkenaan sanggup menggayakan kostum walaupun terpaksa menahan dirinya daripada panas semata-mata mengelak identiti diketahui terutama kepada isteri dan anak-anaknya ketika menerima bayaran berkenaan di Naning, wilayah Guangxi, China, pada 3 Novermber 2022, lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan apa yang dirahsiakan



Memetik moneycontrol.com, lelaki yang hanya mahu dikenali Li itu berkata, dia sengaja merahsiakan kemenangan itu daripada isteri dan anak-anaknya kerana tidak mahu mereka malas bekerja dan hanya tahu menggunakan duit berkenaan.

“Saya tidak beritahu isteri dan anak kemenangan ini kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu malas dan selesa kerana mengetahui kami mempunyai duit yang banyak.

“Sebaliknya, saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” katanya.



Ketika menuntut  kemenangan hasil loteri tersebut, Li sanggup tinggal selama seminggu di sebuah hotel kerana takut kehilangan tiket loteri.

Malah, sanggup tidak keluar dari bilik dan hanya memesan makanan secara dalam talian.

Wang diperoleh tersebut digunakan secara cermat termasuk digunakan  membayar cukai. 

Li turut menyumbangkan sebahagian wang tersebut kepada badan kebajikan manakala wang yang selebihnya disimpan untuk kegunaan sendiri.

Kini Li meneruskan kehidupan seperti biasa dan menyimpan wang kemenangan berkenaan di bank untuk kegunaan masa tua dan kecemasan

Perbuatan yang dilakukan Li bukanlah sesuatu yang asing, namun sering dilakukan bagi mereka yang memenangi loteri tetapi enggan berkongsi terutama dengan keluarga terdekat. - KitaReporters


14
10
0
11
0
You will be interested