Insan & Komuniti 02 Nov, 2023

Sayangi bumi! Lestarikan alam sekitar! Tanam pokok! Sertai program Anak Muda Pahang Sayang Bumi!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this

Aktiviti penanaman pokok di kawasan perumahan


Semua pihak perlu melakukan perubahan bersifat transformasi bukan sahaja di segi minda, malah dalam setiap aspek kehidupan bagi memastikan bumi ini dapat dilestarikan sebaik-baiknya.

Generasi hari ini terutama golongan anak muda amat diharapkan dapat bersama dalam menggalas tanggungjawab memacu perubahan secara kolektif termasuk menjaga keselamatan bumi dan alam sekitarnya. 

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, kita seharusnya mempertahan bumi kita daripada pelbagai ancaman yang boleh memusnahksn keindahan alam semula jadinya, tidak terkecuali kawasan penempatan atau perumahan yang kita duduki. Ekosistemnya perlu dipelihara dan dipulihara dengan sebaik-baiknya.


Aktiviti permainan puzzle antara yang menarik minat kanak-kanak


Bagi menyokong pelbagai usaha yang digerakkan, Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi 2023 telah dilancarkan pada 28 Oktober 2023 lau di Kuantan dan akan teruskan secara berperingkat-peringkat di setiap daerah di Pahang dalam masa terdekat.

Sebagai permulaan, Projek Perumahan Rakyat untuk Disewa (PPRS) Pinggiran Putra, Kuantan menjadi destinasi pertama siri jelajah program berkenaan.



Program anjuran Yayasan Pahang (YP) dengan kerjasama Kolej Yayasan Pahang Advance Skill (KYPAS), Majlis Belia Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), SWCorp Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Pahang itu bertujuan memupuk kesedaran orang ramai khasnya anak muda untuk menyayangi dan memulihara  ekosistem alam sekitar setempat.  

Hampir 400 peserta menyertai program berkenaan yang dirasmikan oleh Ahli Majlis MBK, Dato' Wan Solihi Wan Hassan.


Pameran berkaitan keselamatan dan kesihatan turut disediakan


Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan program sehari itu. Antaranya, gotong royong membersihkan kawasan, persembahan pancaragam Sekolah Menengah (P) Methodist, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, jualan dan pameran serta penanaman pokok.

Selain itu, siri ceramah bertajuk ‘Ancaman Jenayah Komesial dan Penipuan Siber’, ‘Kesihatan Persekitaran dan Kempen Cegah Wabak Denggi’, dan ‘Kesedaran dan Survival Keselamatan di Perumahan Strata’ bagi meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat turut diadakan. - KitaReporters


Pemeriksasn kesihatan percuma

12
17
0
11
0
You will be interested