Insan & Komuniti 20 Sep, 2023

Siapakah yang harus bertanggungjawab realisasikan Malaysia Madani? Jawapannya belia! - Muhammad Saniy

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Saksikan video di https://www.tiktok.com/@visionaryvault4/video/7279040658407542018


Oleh MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN

Universiti Utara Malaysia (UUM)


MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baharu yang direka untuk menangani isu-isu baharu dan ketidakpastian. 

Bagi saya enam nilai teras Madani dicorakkan sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. 
Madani diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Muhammad Yusof Apdal menyampaikan hadiah Anugerah Kepimpinan Kolej Kediaman Terbaik kepada Muhammad Saniy Samsudin.


Matlamat untuk mengubah negara Malaysia untuk menjadi lebih makmur dan maju berteraskan enam nilai Madani melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama perlu direalisasikan dan siapakah yang harus bertanggungjawab untuk mencorakkan masa hadapan Malaysia dengan segala potensi yang ada dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang mengubah dunia, dan bercita-cita mengemudi Malaysia dalam zaman pascanormal yang serba rumit melalui laras bahasa, konsep dan budaya kearifan tempatan ini.

Jawapannya mudah bagi merealisasikan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan belialah yang harus bertanggungjawabnya.
Saya sebagai mahasiswa universiti, belia dan rakyat mengambil tanggungjawab ini kerana sebagai personaliti perlu memiliki kualiti sebagai seorang pemimpin dan perlu kemahiran komunikasi yang baik.
Pakej di atas menguntungkan saya kerana sebagai siswa universiti bukan sahaja untuk berjuang dalam akademik malah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja berpasukan dan menjadi pemimpin yang bukan sahaja memberi manfaat kepada saya sebagai pelajar universiti malah kepada organisasi dan masyarakat juga.


Penglibatan dan pelantikan saya sebagai Presiden Kolej kediaman dan Pengerusi Majlis Presiden Inapan Siswa UUM memberi peluang kepada saya untuk berbakti kepada pembangunan belia, menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan memberi impak kepada Institusi Pendidikan khususnya.

Bukan itu sahaja malah penglibatan dalam pembangunan belia, kepimpinan dan kemasyarakatan ini juga memberi manfaat kepada institusi dan masyarakat juga sehingga terpilih pula mewakili peringkat universiti, daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.
Malah penglibatan saya diiktiraf pula pada semua peringkat hingga antarabangsa sehingga dipilih mewakili Malaysia, ASEAN, serta Asia Tenggara dan juga pada peringkat dunia antaranya Persidangan Asia Afrika yang melibatkan 56 negara, Axiata, Felo Bank, Ahli BGS, Pembentang kertas kerja terbaik IMF, di samping dijemput sebagai mentor dari peringkat sekolah ke university dan juga antarabangsa.

Muhammad Saniy Samsudin (kiri) gemblengkan usaha membantu remaja yang memerlukan


Program pembinaan surau asrama sekolah yang terbengkalai kini tersergam indah 


Siapa sangka bermulanya program peringkat kolej, universiti, dan kebangsaan terpilih pula sebagai felo Akademik di University Texas dan mewakili Malaysia program YSEALI ke US, New York, Texas, Washington, Philidelphia dan Tokyo.

Komuniti terlibat dengan program pembinaan surau asrama sekolah yang terbengkalai kini tersergam indah dengan dana RM170,000 hasil program yang dianjurkan dengan pihak sekolah, Kolej Inasis MAS TNB UUM dan komuniti setempat.
Ketika berulang alik ke rumah dari UUM terjumpa pula warga emas menjual kuih dan apabila bertanya mengenai kehidupannya dia terpaksa menjual kuih bersama isteri kerana memerlukan wang sebanyak RM5,600 untuk menjalani pembedahan mata dengan bantuan pihak media dan kolej kediaman alhamdulilah berjaya mengumpul sehingga lebih RM50,000 untuk membantunya.
Pihak sekolah-sekolah pula sentiasa menjemput untuk memberi motivasi kepada pelajar sekolah baik pada peringkat daerah dan negeri.
Amanah sebagai Presiden Kolej saya merancang pelbagai akiviti untuk Inasis saya dan tidak menyangka percubaan pertama berjaya merangkul empat anugerah IPT peringkat kebangsaan.
Manakala pada peringkat antarabangsa ketika COVID-19, sumbangan pelitup muka kepada pelajar STPM dan SPM seluruh Kubang Pasu diagihkan sebanyak 10,000 pelitup muka sebagai persediaan semasa peperiksaan SPM dan STPM.
Ketika masa COVID-19 membantu pula pelajar university yang tidak pulang ke kampung akibat PKP.
Pada peringkat antarabangsa membantu program nasi sedekah dan korban ketika COVID-19 di Mekah dan Madinah kerana akibat COVID-19 ramai pekerja dari luar negara terpaksa berlapar kerana di Mekah dan Madinah kedai semua ditutup.

Projek sumbangan pelitup muka untuk pelajar-pelajar STPM dan SPM di seluruh Kubang Pasu.


Dalam mencapai semua kejayaan ini terpilih pula sebagai Ikon UUM, dan Ikon pelajar yang mengupas mengenai bagaimana untuk menjadi cemerlang yang dianjurkan oleh KPM dan tetamu undangan Menteri Pendidikan.
Pelbagai lagi kejayaan lain antaranya Tokoh Siswa IPT, penerima Anugerah Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi untuk pengajian sarjana walaupun telah menerima biasiswa Naib Canselor UUM untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Dalam pada itu tulisan dan komen saya dalam akhbar dan majalah juga disiarkan sebagai panduan kepada masyarakat dan pelajar-pelajar lain bagimana pelajar dari sekolah biasa berjaya meraih 4.00 dalam STPM dan akhirnya berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.
Sesungguhnya langkah kerajaan Madani memberi peluang kepada golongan belia pastinya dapat mengangkat lagi nama Malaysia di pentas dunia.

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN ialah bekas pelajar Sarjana Muda di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) UUM dan pemenang Anugerah Tokoh Siswa bagi kategori Kluster Kepimpinan Pelajar: Anugerah kepimpinan Kolej Kediaman Terbaik. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis.


Muhammad Saniy terkejut diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM dengan keputusan 4.00

11
18
0
9
0
You will be interested