Insan & Komuniti 15 Oct, 2023

Video| Syabas adik Darwish! Tok dalang cilik! Bersama kumpulan wayang kulit, Suara Muda Sri Mattaq!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

Darwish, 12, berbakat sebagai Dalang wayang kulit. - Kredit video: YouTube Kerbau Balau


Ketika ramai kalangan generasi terkini `tak ambil pot` mengenai wayang kulit, masih juga ada yang meminati di sebalik jarangnya ada pertunjukan tradisional itu pada zaman ini. 

Wayang kulit adalah sebuah permainan pentas yang popular pada suatu ketika dahulu ditonton berdepan secara langsung, kini kalau dapat dilihat pun hanya pada kaca televisyen atau media sosial, itu pun sekali sekala. 

Namun dalam diam ada juga kumpulan masih bergiat walaupun tidak banyak dan meluas.


Dalang beraksi di belakang layar, sedang bercerita sambil menggerakkan patung wayang kulit 


Keseronokan permainan wayang kulit bergantung kepada kemahiran Dalang lebih dikenali Tok Dalang dalam membawakan cerita diiringi paluan irama muzik tradisional. 

Dalam Wayang Kulit Kelantan, peralatan muzik yang dimainkan meliputi satu geduk, sepasang gedombak, sepasang gong, sepasang kerincing dan satu serunai.

Peranan Dalang mengawal satu pentas persembahan termasuk muzik. Biasanya Dalang tentulah dalam kalangan orang dewasa kebanyakannya telah berusia. Orang muda sekarang jarang minati 

Justeru apabila ada seorang kanak-kanak dari Terengganu mampu memainkan peranan Dalang memanglah `rare' (luar biasa). Sebab itu apabila ternampak video budak beraksi sebagai Dalang, teruja sangat. 

Kanak-kanak bernama Darwish dan berusia 12 tahun ini memperdengar dialog penceritaan wayang kulit dalam loghat Kelantan. Ada mesej tertentu berkait hal semasa yang dibualkan oleh watak-watak, daripada suara adik ini. 



Darwish memegang dua patung kulit, watak utama dalam permainan. - Kredit gambar:  Facebook Matpih Official


Dalam satu persembahan dikir barat, Darwish menonjolkan isu harga barang naik dan kekurangan padi tempatan dalam dialog persembahannya, di samping mempertikai tabiat boros watak, Saed pada zaman ekonomi sukar. 

Atas arahan tuannya, Pok Dogol menegur Saed yang gemar berhutang duit orang untuk membeli pelbagai barang sesuka hati dan berlebihan, demi memaparkan imej mewah atau kaya pada musim sukar.

Kesimpulannya, mesej Tok Dalang cilik ini menerusi pelbagai watak dalam persembahan dikir baratnya menyelit unsur nasihat agar berjimat cermat, tidak membazir dan boros dengan berhutang membeli barang berlebihan pada zaman sukar (harga naik). 


Darwish memegang patung Pok Dogol berwarna hitam sambil membunyikan suara watak itu. - Kredit gambar: Facebook Matpih Official


Sangat berbakat, pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, Besut, Terengganu ini berjaya menunjuk gaya seorang dalang. 

Dia didapatiu sedang berlatih untuk persembahan di Gua Musang bersama kumpulan Wayang Kulit, Suara Muda Sri Mattaq dari Kuala Krai, Kelantan.

Menurut Pengurus Kumpulan itu, Mohammad Hafiz Omar (Matpih), 24, sebelum ini adik Darwish memang tidak ada tim, dia bermain solo tanpa alat muzik.

"Nampak berbakat, jadi kita ambil dia masuk dalam tim kami, dia menyertai tim Suara Muda Sri Mattaq jika pihak yang menjemput mahukan penyertaan dalang cilik," ujar Mohammad Hafiz.

Tambahnya, Suara Muda Sri Mattaq dianggotai remaja berumur 14 sehingga 30 dan kumpulan itu ditubuhkan pada 2015.

"Kami kerap juga buat persembahan dan pernah dapat undangan di dalam dan luar negara seperti di Thailand," ujarnya. - KitaReporters


Sangat rare (jarang) apabila seorang kanak-kanak Gen Z boleh mempersembahkan kemahiran pertuturan sebagai Dalang wayang kulit. - Kredit foto: Facebook Matpih Official

12
11
0
12
0
You will be interested