Insan & Komuniti 28 Jan, 2023

Apa punya lelaki da? Kerana terlalu takut sekatan, sanggup tinggalkan tunang! Daripada ditahan JPJ!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Akibat terlalu takut dengan sekatan jalan raya yang diadakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang lelaki mengambil tindakan kurang bijak dengan sanggup meninggalkan tunangnya selepas terjatuh dari motosikal di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke pulau.

Mungkin terlalu cemas menjadi faktor lelaki tersebut bertindak sedemikian dan boleh jadi juga ia tiada lesen menunggang. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekatan jalan raya



Menurut Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, lelaki yang memandu motosikal itu membrek mengejut sehingga tunangnya terjatuh dan mengalami kecederaan di tapak tangan.  

Malah lelaki itu sanggup meninggalkan tunangnya demi menyelamatkan diri. 

Nasib baik menyebelahi wanita tersebut apabila pihak berkuasa tidak menahan dirinya kerana bagi mereka, ia tidak melakukan kesalahan biarpun orang yang membawanya telah melarikan diri. 

Selain JPJ, operasi ini turut membabitkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi bersama-sama menahan mereka yang bersalah. 

Ini adakah sekatan yang biasa diadakan dan kali ini adalah Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina. - KitaReporters


8
19
0
17
0
You will be interested