Insan & Komuniti 06 Jul, 2025

Anak bapak! Guna wang kemenangan mancing untuk biayai perubatan ayah! Naikkan siakap, menang RM12k!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: awangani@gmail.com

Share this

Urusetia pertandingan sedang mempamerkan ikan yang berjaya dipancing oleh peserta Pertandingan Cabaran Memancing Kelubong di Kampung Kelubong, Sungai Tinggi, Perak pada 5 Julai 2025.


Pemancing dari Kampung Kelubong, Sungai Tinggi, Abdul Shamim Abd Hamid dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Cabaran Memancing Kelubong yang diadakan di Kampung Kelubong, Perak.

Abdul Shamim, 29, membawa pulang wang tunai RM12,000 setelah berjaya menaikkan ikan siakap seberat 3.4kg pada pukul 12 tengah hari Sabtu, 5 Julai 2025.

“Saya sudah lima kali memasuki pertandingan ini dan tidak menyangka pada kali ini menang tempat pertama.

“Saya menyertai pertandingan ini dengan tidak meletakkan sasaran untuk menang, tetapi ini rezeki dan wang itu akan digunakan untuk membiayai perubatan ayah saya, Abdul Hamid Idris, 63, yang menghidap sakit jantung,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Kejohanan Memancing Kelubung Challenge di Kampung Kelubong dekat Sungai Tinggi, Perak pada 5 Julai 2025.

Abdul Shamim berkata, ayahnya sedang mendapatkan rawatan di Hospital Manjung setelah menghidap penyakit itu sejak tiga tahun lalu (2022). 

Tempat kedua pula dimenangi seorang wanita Julia Abdullah yang berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala tempat ketiga dimenangi Mohd Alif Rasidi dengan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Pertandingan di kawasan laut disertai lebih 300 peserta.


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (depan, tengah) menyerahkan hadiah wang tunai RM12,000 kepada Abdul Shamim Abd Hamid (dua adri kiri) pada majlis penutup Pertanding Cabaran Memancing Kelubong di Kampung Kelubong, dekat Sungai Tinggi, Perak.


Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, Cabarang Kelubong bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong kerana kawasan ini tidak mempunyai industri.

Katanya, melalui pertandingan seperti tersebut kawasan ini akan menjadi tarikan kepada pelancong dan ini mewujudkan industri agropelancongan.

“Kita buat chalet dan kelong menjadikan pengunjung akan datang. Mereka kena sewa bot dan beli umpan untuk memancing. Ini mendatangkan sumber pendapatan kepada penduduk dan kawasan ini akan menjadi tumpuan,” katanya.

Menurut beliau, banyak kelong baharu dibina di kawasan ini dan menjadi tempat untuk orang menyewanya. - KitaReporters

7
18
0
13
0
You will be interested