.

Oleh PENULIS KHAS
Institut Akhbar Malaysia (MPI)
Forum Kenangan Utusan Melayu sejajar dengan tarikh penerbitan sulung akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 dan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang disambut setiap tahun juga pada 29 Mei, diraikan dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan oleh bekas pekerja Utusan Melayu di Subang Jaya, Selangor.
Turut dihadiri dua bekas Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Datuk Mohd Nasir Ali. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Ainol Amriz Ismail bersama beberapa bekas pengarang, wartawan, jurugambar, staf pengiklanan dan pemasaran Kumpulan Utusan.

Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ditubuhkan di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Ltd pada 1938, namun digulungkan secara sukarela pada 9 Oktober 2019.
Pengarang KitaReporters yang juga bekas pengarang kanan di Kumpulan Utusan, Gamal Nasir Mohd Ali berkata, tidak ramai yang mengetahui tarikh sambutan HAWANA diambil sempena penerbitan pertama akhbar Utusan Melayu itu.

Johan Jaaffar
Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Johan berkata, Utusan Melayu mempunyai sejarah unik.
"Kita masih ada saksi hidup terhadap sejarah itu. Masih ramai wartawan, penyunting, pembantu teknikal dan pelukis editorial yang boleh menjadi narasumber. Mereka menyimpan memori, mereka menyimpan metodologi dan mereka menyimpan semangat yang tidak boleh ditemui dalam buku-buku teori komunikasi barat,’’ katanya.

Ainol Amriz Ismail
Jelasnya adalah wajar mewujudkan pusat dokumentasi khusus untuk Utusan Melayu, mengumpulkan arkib-arkib cetakan asal, manuskrip tulisan tangan, rencana yang tidak diterbitkan, surat-menyurat dalaman dan juga catatan tidak rasmi wartawan lapangan.

Para peserta Forum Kenangan Utusan Melayu sempena Ulang Tahun Penerbitan Sulung Akhbar Utusan Melayu ke-86 dan Hari Wartawan Nasional (Hawan) yang jatuh pada 29 Mei, bergambar kenangan beramai-ramai.

Gamal Nasir Mohd. Ali