Insan & Komuniti 09 Oct, 2022

Video| Bad Indigo dipuji sebagai suami contoh! Jaga aib bekas isteri selepas cerai! Akui tak jujur!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


NETIZEN dan penyanyi memuji Bad Indigo @ Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, dan bekas isterinya, Ashira Aziz sambil memberi semangat serta mendoakan kesihatan yang baik kepada pasangan itu yang mengambil pendekatan mengekalkan hubungan sebagai kawan dan saling menyokong selepas bercerai

"Jarang  sekali seorang lelaki bercerai mengaku kesilapan diri dan membela bekas isteri. Selalunya, lelaki akan menutup rapat keburukannya dan mengaibkan malah memfitnah bekas isterinya. Encik Bad, saya doakan semoga Allah SWT memberikan kesembuhan sepenuhnya kepada awak di atas kemuliaan hati membela nasib Ashira. Semoga kalian berdua sentiasa di dalam lindungan Allah. Aamiinn...," demikian kata  seorang netizen, Yuzrina Mummy Farah dalam Instagram Bad.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Bad Indigo


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Datuk Aishah yang terharu dengan penceraian yang dilalui mereka sambil memberitahu, dia bersedia mendengar luahan sekiranya Ashira mahukan seorang teman untuk menceritakan masalahnya.

"Do call if you need a listener... kena bash ni makanan akak dik hehehe so ada sedikit experience in this area. At the end of the day you must do what is best for yourself and son." 

Demikian nasihat penyanyi Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin @ Aishah ketika memberi komen kepada  luahan Ashira Aziz isteri Bad Indigo yang memuat naik cerita sebenar suaminya punca penceraian mereka.

Ashira ketika menjawab balik nasihat itu berkata dia seganlah untuk bercerita hal rumah tangga tetapi berharap "Nanti insyaallah ada rezeki kita kopi2 kak eh.. apa2 nanti shira call 🤗 Tq so much idol!!! 🌹❤️."

Aishah yang seakan faham perasaan Ashira yang masih bersedih itu berharap Ashira terus menjaga dirinya sambl berpesan jika perlu, carilah dia sentiasa menunggu. (Take care ok. Am just a phone call away)."



Sebelum ini dalam Facebooknya Ashira Aziz, berkata dengan tersiarnya luahan oleh bekas suaminya itu, beliau memohon netizen yang menghentam dan menfitnah, mereka boleh memohon maaf pada Allah SWT kerana menuduhnya dengan pelbagai komen meyakitkan.

Ashira dalam FB-nya menulis, "Bismillahirrahmanirrahim untuk semua warga FB yg x habis2 hentam,mengata, fitnah,caci maki sy. Tlg jgn dm, pm or komen minta maaf dekat sy .. minta maaf dekat Allah.

"Jangan suka menghukum dan mengata org tanpa usul periksa dan tau cerita sebenar. U see me laughing, smiling and happy but you dont even know what i’ve been thru all this while. Allah itu maha adil. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian dunia akhirat. Thank you," katanya.



Seorang netizen Azian Azian dalam komen balas dalam FB itu berkata, "Abg Bad & Ashira Aziz sgt kuat❣ Both of u sgt menghargai & menghormati antara satu same lain sb tu walaupun dh berpisah.. u all masih blh berkawan & tak bermusuh❣ Bkn salah sesiapapun u all berpisah cuma kita kena terima Ajal maut jodoh pertemuan & Rezeki semua Allah yg tentukan❣ Siapa kita utk menghalang❣ Terima dgn terbuka❣ Kata² netizen nie kdg² blh membunuh & blh menyebabkan kita jd mangsa nie xnk hidup❣ 

"Fikirlah same perasaan mereka & keluarga yg difitnah ❣ So kalo xde apa² yg perlu kita cakap.. better diam ok❣ Berdosa besar menfitnah org yg tak bersalah❣ Walaupun dh berpisah.. Both of u berhak utk hidup bahagia❣ Ingat okey.. hati kita Allah yg pegang❣Semoga Allah melindungi kalian berdua sb kalian berdua org yg sgt baik," katanya.

Ijam SweetChild pula menambah kata, "Semoga clear segala persoalan dan dipermudahkan urusan. #dulublursekarangdahclear."



Manakala Bad dalam video livenya mahu netizen jangan menfitnah dan mengeji bekas isterinya jika tidak tahu perkara sebenar. Sambil mengakui dia mahukan Ashira gembira walaupun pada peringkat awal agak kelu selepas mengetahui wanita itu sudah menemui pengganti.

"Ketika kami buat video umum penceraian sebelum ini pun saya pernah kata masih sayangkan dia. Saya mahu lihat dia gembira dan dalam hati ini ada perasaan sayang dan harap boleh buat Ashira kembali bahagia. Kami bercerai kerana sejak awal saya tidak jujur dengan dia (Ashira). Saya tidak beritahu tentang sakit yang dialami sehingga akhirnya kami berpisah

"Saya pentingkan diri sendiri ketika itu kerana takut kehilangannya. Apabila tiada kejujuran maka hilanglah kepercayaan. Itu silap besar saya dan Ashira menjadi mangsa. Saya minta maaf kepada Ashira dan keluarganya atas apa yang dilalui. Dia tidak bersalah dan tiada orang ketiga dalam hubungan kami," itulah kata Bad Indigo.

Bad yang bergelar bapa tunggal sejak 2010 mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Rayyan, 13, dan Rania, 12 tahun. Manakala Ashira yang berstatus ibu tunggal sejak 2015 memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 16 tahun. 

Bad mendirikan rumah tangga dengan Ashira selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh pada 11 Mac 2021 dan bercerai pada 23 Jun 2022 . - KitaReporters


12
11
0
12
0
You will be interested