Insan & Komuniti 18 Dec, 2022

Kerana cinta, wanita rugi RM152k! Baharu sebulan kenal kekasih alam maya! Dakwa ditahan Imigresen!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


SESALAN yang tidak sudah apabila seorang wanita berusia 44 tahun berasal dari Sibu, Sabah mengalami kerugian RM152,050 akibat terpedaya dengan janji-janji manis serta cinta dan kasih sayang daripada seorang lelaki yang baharu dikenali dalam media sosial pada September 2022 lalu. 

Wanita terbabit mengalami kerugian dalam masa hampir sebulan selepas `kekasih’ alam maya itu mendakwa dirinya ditahan oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan membawa wang dalam kuantiti berlebihan di Britain.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jenayah penipuan

ZULKIPLI SUHAILI


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata akibat percaya serta yakin dengan kejujuran `kekasihnya’ menyebabkan wanita berkenaan telah melakukan 27 transaksi pindahan wang ke dua akaun berbeza bermula 10 Oktober 2022 hingga 5 Disember 2022 lalu. 

Beliau berkata wang tersebut  bagi menyelesaikan kes `kekasihnya’ yang ditahan oleh pihak berkuasa di sana selain bersimpati dengan lelaki itu. 

Menurutnya, sebelum mangsa melakukan pindahan wang tersebut, lelaki yang dikenali menerusi laman Facebook pada awal September 2022 lalu telah memaklumkan pada mangsa melalui aplikasi WhatsApp menyatakan dia ditahan oleh Imigresen. 

``Namun, mangsa menyedari dirinya tertipu setelah dia gagal menghubungi `kekasihnya’ lalu mangsa membuat laporan polis pada malam 13 Disember 2022,’’ katanya menerusi dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Disember 2022.

Zulkipli menasihati orang ramai agar berhati-hati jangan mudah percaya dan terpedaya dengan sendiket penipuan `love scam’ daripada seseorang yang dikenali dalam laman sosial.



Sementara itu, satu lagi kejadian penipuan melibatkan scammer berlaku di Kelantan pada 9 Disember 2022 lalu membabitkan seorang peniaga di Kota Bharu berumur 49 tahun  mengalami kerugian RM15,000 gara-gara ditipu oleh 'anggota polis’ palsu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob, suspek yang menyamar sebagai anggota polis dari Balai Polis Kuala Krai itu telah menefon mangsa pada pukul 5 petang  untuk menyelesaikan satu kes kesalahan yang dilakukan oleh adik mangsa.

‘’Suspek telah menawarkan diri untuk menyelesaikan kes adik mangsa itu dan selepas berunding mangsa bersetuju membayar wang tersebut.

``Suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya pergi ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Krai dan menunggu arahan selanjut darinya,’’ katanya. 

Azman berkata, sebaik peniaga itu tiba di IPD Kuala Krai pada kira-kira 7.10 malam, suspek menefon mangsa supaya mangsa pergi ke bank berdekatan untuk membuat pemindahan wang ke dalam akaun yang diberikan itu. - KitaReporters


AZMAN AYOB

12
7
0
12
0
You will be interested