Insan & Komuniti 13 Dec, 2022

Video| Disember bermakna Imuda! Sambut hari lahir! Komik eksklusif 40 tahun Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Imuda menyambut hari kelahirannya pada 13 Disember 2022 secara sederhana bersama isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain di kediaman mereka. - Kredit foto: FB ImudaArt.


TIADA yang lebih indah dalam hidup ini apabila kita diraikan dalam satu majlis ulang tahun hari kelahiran bersama orang-orang yang tersayang bersama-sama isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain termasuk sahabat dan rakan-rakan.

“Selamat hari lahir buat suami tercinta Imuda A. Rahim Muda 13hb december..  i doakan semoga Allah melanjutkan usia u diberikan kesihatan yg baik dimurahkan rezeki dan segala yg baik2 buat u. 

"Seorg suami dan papa yg sgt2 penyayang sabar dan tenang selalu. Tq syg kerna tak jemu2 berusaha siang dan malam utk memberikan yg terbaik utk i dan anak2 i really appreciates it .. u adalah sesuatu yg teramat indah dlm hidup i.  Happy birthday syg.. love u so much,” tulis Zabarina Ali seorang isteri untuk suami yang tersayang dalam akaun Facebook Ina Zabarina Bt Ali


Lagi



Dalam perkembangan lain, pada 11 Disember 2022, Imuda telah melancarkan komik Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang terbaharu bersempena ulang tahun 40 tahun drama sitcom itu.

Memetik portal berita selangorkini.my, karya tersebut menjadi rebutan para  pembeli di Sri Ayu Publishers and Distribution sepanjang tujuh hari dipasarkan di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 baru-baru ini.



Nur Dayana Shaikh Baharum


Pembantu Jualan Nur Dayana Shaikh Baharum berkata komik yang diadaptasi daripada siri sitkom popular era 90-an telah mendapat permintaan tinggi  daripada pelanggan pelbagai peringkat umur.

“Hanya 45 naskhah koleksi terbaik Imuda dibekalkan kepada kami untuk dijual dengan harga RM45. Ia hampir habis terjual dan tiada stok tambahan.

“Kebanyakan komik ini dibeli oleh orang-orang otai (old timer) yang mengikuti rapat sitkom berkenaan sejak dulu lagi, mungkin mereka mahu mengembalikan memori watak-watak mencuit hati.

Siapa yang tidak kenal Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda (gabungan Im – nama manja dan Muda – nama bapa), turut juga disapa dengan panggilan Budin dan Sam.

Kebolehan beliau di bidang lakonan dengan membawa watak Budin dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu bukan sahaja memberi impak besar kepada karier seninya malah kepada peminat sitkom itu sendiri.

Bakat seni pada Imuda bukan sembarangan. ‘Otai’ ini pandai melukis, berlakon, menyanyi, melawak dan mengacara. Pendek kata serba boleh belaka.



Selain watak Budin, satu lagi watak yang masih diingati ramai adalah Sam dalam drama sitcom 2+1 yang turut dijayakan Susan, Datuk Ziela Jalil, Louisa Chong dan Allahyarham Ahmad Busu.

Sebelum beliau menjadi popular sebagai pelakon, pelawak dan pengacara, beliau terlebih dahulu memulakan karier sebagai kartunis dan pelukis. 

Karya pertama Imuda diterbitkan oleh majalah Gila-Gila bilangan kedua pada Mei 1978 dan komik pertama beliau pula  bertajuk “Hang Sebat', setebal 20 halaman.

Selamat hari ulang tahun Imuda ke-63! Semoga sukses dunia dan akhirat. - KitaReporters



Sumber:

https://selangorkini.my/2022/12/komik-pi-mai-pi-mai-tang-tu-gila-gila-jadi-rebutan-di-pesta-buku-negeri/

https://www.facebook.com/inazabarina.ali

https://www.facebook.com/imuda.a.rahimmuda

14
10
0
12
0
You will be interested