Insan & Komuniti 14 Dec, 2022

Video| Mak! Tolong! Seekor anjing tiba-tiba datang nak tumpang bergambar! Wanita jadi panik, gelabah!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


BAGAIKAN menjadi satu kemestian masa kini, pasti ramai antara kita yang gemar mengambil gambar atau merakam video sebagai kenangan apabila pergi ke sesuatu tempat. Ada juga yang melaram sakan untuk ‘Outfit of the day’ atau lebih dikenali sebagai ‘OOTD’.

Perkongsian video OOTD dalam TikTok @fareezfarhann menarik perhatian warganet ekoran seorang wanita yang ‘berOOTD’  di  bawah pokok tiba-tiba didatangi seekor anjing berwarna hitam hingga membuatkannya menjerit.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OOTD



Wanita berkenaan bagaikan bertukar menjadi pokok dengan berdiri tegak dan tidak bergerak beberapa ketika kerana ketakutan sebelum kemudiannya berjalan perlahan-lahan untuk menyelamatkan diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan memahami situasi dialami wanita berkenaan dan memaklumkan mereka akan menangis jika berdepan keadaan sedemikian selain turut berkongsi pengalaman pernah dilalui.


 

 



Sementara itu, ada warganet turut meninggalkan komen anjing berkenaan sebenarnya cuma ingin bermanja melihat kepada keadaan ekornya. 


Sebagaimana manusia, anjing juga punyai bahasa tubuh yang merupakan aspek penting dalam berkomunikasi dengan haiwan berkenaan. Apabila dapat memahaminya, kita dapat respon dengan cara tepat dalam sesuatu situasi. - KitaReporters 



Kredit foto: anjingkita.com

 

12
13
0
11
1
You will be interested