Insan & Komuniti 01 Jan, 2023

Video| Ini suami mithali! Bagi isteri 'me time'! Suami bermain badminton! Sambil dukung anak kecilnya!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEORANG ibu yang menjaga anak juga memerlukan waktu bersendiri untuk meluangkan masa agar penat lelah dapat dihilangkan dan boleh melakukan segala perkara yang diminati ketika anak-anak dan suami tiada di rumah.

Inilah impian seorang wanita apabila seorang suami itu memberikan mereka waktu bersendiri. Sebuah video telah tular yang dilihat seorang suami yang bermain badminton dengan memegang seorang bayi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan menjaga anak-anak


Video ini telah tular kerana si isteri menyuruh suami membawa anaknya bersama untuk dia beristirehat di rumah. 

Apa yang menariknya apabila si suami meminta izin untuk keluar bermain badminton, tetapi jelas si isteri menyuruhnya untuk membawa anak sekali.



Oleh sebab itu, rata-rata netizen yang melihat video ini menyatakan si ayah seorang yang bertanggungjawab kerana memberikan isterinya rehat di rumah dan dia sanggup bermain badminton sebelah tangan sambil mendukung anaknya. 

Ada juga netizen yang menyatakan jika anak mereka yang dibawa, si bapa tidak akan berpeluang untuk bermain badminton kerana sibuk mengejar anak yang sedang keliling court tersebut.



Baguslah ayah ni!! - KitaReporters


13
17
0
14
0
You will be interested