Insan & Komuniti 14 May, 2025

Video| Oh ibu, kaulah ratu hatiku! Anak lelaki gendong ibunya yang lumpuh! Bawa jalan melancong!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Anak yang baik sanggup berkorban untuk mengembirakan hati ibu bapa. Ia bukan sahaja melibatkan kewangan, malah masa untuk mengembirakan orang tua.

Perkara yang dilakukan seorang lelaki di China bernama Chai Wanbin, 51, yang patut menjadi iktibar anak-anak lain di seluruh dunia.

Chai Wanbin, dari daerah Huidong, wilayah Sichuan di barat daya China menggendong ibunya berusia 88 tahun yang lumpuh di belakangnya dengan anduh bayi (baby sling) tradisional Cina ketika membawa ibunya melancong ke mana-mana destinasi di China.

Chai Wanbin membawa ibunya melancong tanpa rasa malu dengan mengendong di belakang badannya.

Ia adalah untuk mengembirakan hati si ibu, 81, yang suka berjalan-jalan tetapi kini tidak mampu melakukannya sendirian. Ini kerana si ibu lumpuh selepas terjatuh sejak empat tahun lalu dan cedera tulang belakang. Dia  terpaksa mengguna kerusi roda untuk bergerak.

Dia tinggal bersama dengan anak perempuannya tetapi untuk berjalan-jalan Chai Wanbin mengambil alih.


Saluran berita The Cover berjaya membuat liputan ketika Chai Wanbin membawa ibunya melawat bandar purba Huanglongxi di Chengdu semasa cuti Hari Mei baru-baru ini.

Dan selepas liputan itu Chai Wanbin dan ibunya menjadi popular dan turut menjadi bahan liputan sejumlah media sosial di China. Kebanyakan netizen mengganggap apa yang dilakukan oleh Chai Wanbin patut menjadi contoh anak-anak lain bagi mengembirakan orang tua.

Mereka juga mengganggap Chai Wanbin sebagai ‘anak yang paling berbakti’. - KitaReporters

14
8
0
14
0
You will be interested