Insan & Komuniti 20 Dec, 2025

Nadi on Wheels on the move! MCMC gerakkan NOW ke PPS! Bagi pastikan mangsa banjir terus berhubung!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Mangsa-mangsa banjir di Pahang yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dapat terus berhubung dan berkomunikasi melalui Internet hasil usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi inisiatif NADI on Wheels (NOW).

Buat permulaan, MCMC telah menggerakkan inisiatif NOW ini ke PPS Bukit Setongkol di Kuantan.


Kredit foto: FB Bomba & Penyelamat Negeri Pahang



MCMC dalam satu kenyataan menyebut, melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), suruhanjaya itu telah menggerakkan inisiatif NOW ke PPS Bukit Setongkol bagi menyokong keperluan digital dan kebajikan komuniti yang terjejas akibat bencana banjir di negeri Pahang.

"Antara perkhidmatan yang disediakan kepada mangsa banjir di PPS tersebut termasuk kemudahan internet percuma, saringan kesihatan asas serta aktiviti Program Perkhidmatan Pintar NADI yang disesuaikan dengan keperluan komuniti setempat. 

"Inisiatif ini bertujuan memastikan mangsa kekal berhubung, memperoleh maklumat yang tepat serta dapat meneruskan urusan penting walaupun berada dalam situasi bencana," menurut kenyataan bertarikh 20 Disember 2025 itu.



Pengoperasian NOW ini, kata MCMC, dilaksanakan susulan peningkatan bilangan kawasan terjejas banjir serta pengaktifan beberapa PPS di negeri berkenaan. 

"Bermula 19 Disember 2025, perkhidmatan NADI on Wheels telah digerakkan ke PPS Bukit Setongkol bagi membantu mangsa banjir, khususnya dari aspek akses digital dan sokongan berasaskan komuniti.

"Dilengkapi dengan satelit Starlink, tenaga solar mudah alih, komputer riba, tablet, projektor serta kemudahan Wi-Fi percuma, NADI on Wheels berperanan sebagai pusat perkhidmatan bergerak yang membawa kemudahan teknologi terus ke lapangan," kata MCMC lagi.

Menurutunya, pendekatan ini bagi memastikan kesinambungan akses digital dapat dikekalkan, sekali gus menyokong kesejahteraan komuniti terjejas.


Kredit foto: FB Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


NADI on Wheels (NOW) merupakan inisiatif di bawah MCMC yang berfungsi sebagai platform perkhidmatan bergerak bagi menyediakan capaian internet serta sokongan kepada komuniti secara terus di lapangan terutama kepada golongan rentan, pedalaman dan lokasi yang terkesan akibat bencana. 

"MCMC akan terus memantau situasi semasa dan bersedia menggerakkan perkhidmatan NADI on Wheels ke PPS lain yang dikenal pasti dari semasa ke semasa, selaras dengan peranan NADI sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional dalam merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi dalam kalangan rakyat," ujar MCMC dalam kenyataan berkenaan. - KitaReporters/Kenyataan Media

13
12
0
8
0
You will be interested