Tahniah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana telah berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) pada 17 Januari 2026 sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang menerima 2 pensijilan Enviromental, Social and Governance (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus atau ESG) berintegrasi daripada SIRIM.

Sejajar dengan itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut memperuntukan sebanyak RM3 juta bagi pembangunan 6 Taman Rekreasi Madani (TRM) di Pulau Pinang yang dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2026.
Malah KPKT melalui Jabatan Landskap Negara turut komited untuk membangunkan 1,000 TRM di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun demi menjamin kesejahteraan rakyat secara inklusif dan mampan. - KitaReporters
