Insan & Komuniti 04 Feb, 2024

Terbaiklah TDM! 200 sukarelawan anak syarikat Terengganu bergabung! Misi gotong royong pascabanjir!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

 

Sukarelawan TDM yang menyertai misi pascabanjir di Dungun,Terengganu. - Kredit foto: FB TDM


PRIHATIN dengan nasib mangsa banjir di Terengganu, anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) turun padang membantu kerja gotong royong membersih kawasan yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda negeri itu pada awal tahun 2024. 

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin, berkata seramai 200 sukarelawan warga korporat yang prihatin, sentiasa berusaha untuk memberi bantuan tenaga kepada komuniti dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana keutamaan syarikat bukan sahaja diberikan kepada operasi tetapi juga kebaikan komuniti setempat.


Sukarelawan membersih selut dalam kerja gotong royong membersih rumah.


Katanya, TDM berganding bersetuju memilih Kampung Pasir Raja, Dungun dalam misi pascabanjir untuk membersih rumah mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.

Beliau berkata, dalam misi tersebut pihknya tidak bersendirian, sebaliknya turut disertai syarikat-syarikat koporat lain termasuk pasukan daripada Golden Pharos Berhad, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd (PTT) turun menjayakan misi pascabanjir di Pasir Raja, Dungun itu.


Sukarelawan bergotong royong membersih barangan di rumah milik seorang penduduk.

"Itulah menjadi penggerak utama kami selain aktiviti khidmat mencuci rumah ke rumah,” katanya.

Selain itu, katanya, pihak terbabit juga turut menyampaikan sumbangan dalam bentuk bakul makanan berupa keperluan harian dan wang tunai kepada penduduk terkesan yang terdiri daripada warga emas dan golongan miskin.

"Kami berharap bantuan yang dihulur dapat meringankan beban dan emosi yang ditanggung setelah mengalami kerosakan harta benda di depan mata mereka,"katanya.


Sukarelawan bergotong royong mencuci lumpur di kawasan rumah penduduk.


Banjir gelombang keempat yang bermula 23 Januari 2024 lalu menyaksikan Dungun menjadi daerah yang paling teruk terjejas.

Ia susulan banjir besar yang berlaku pada 25 Januari 2024 lalu di daerah berkenaan menyebabkan tiga buah rumah hanyut dan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun. 

Kejadian itu disifatkan penduduk sebagai bencana terburuk pernah dilalui mereka dalam tempoh 60 tahun di kampung berkenaan.

“Kami sangat bersimpati dan turut berdukacita di atas musibah banjir ini. Kami berharap bantuan yang dihulur dapat meringankan emosi yang ditanggung setelah mengalami kerosakan harta benda di depan mata. 

"Doa kami semoga musibah yang melanda akan diganjari dengan pahala atas kesabaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan media. - KitaReporters


7
10
0
17
0
You will be interested