Insan & Komuniti 16 Aug, 2022

Video| Keluarga wanita sedih! Lelaki batalkan pertunangan saat akhir! Minta semua barang hantaran!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEDIKIT pun tidak disangka janji-janji manis yang dimeterai tanpa disaksikan bulan atau bintang kecuali kedua-dua ibu bapa akhirnya calon suaminya berpaling tadah serta memutuskan pertunangan pada saat- saat akhir.

Demikianlah nasib seorang wanita di Indragiri Hulu, Riau, Indonesia yang mengalami peristiwa yang tidak terduga menjelang hari lamarannya setelah calon suaminya bukan sahaja membatalkan ikatan pertunangannya malah bekas kekasihnya itu meminta kembali barang-barang hantaran yang dibeli.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis pertunangan



"Barang-barang hantaran diminta lagi oleh pihak lelaki kerana dia memutus hubungan dengan adik aku,'' kata akaun TikTok @sayaratnasa seperti dilaporkan oleh portal Wolipop pada 3 Ogos 2022 lalu.
Kisah lelaki yang membatalkan pertunangannya pada saat akhir dan barang hantaran dikembalikan telah viral dalam media sosial setelah dimuat naik oleh Ratna dalam akaun TikTok @sayaratnasa.


Ratna, 24, yang merakam video itu ketika adiknya sedang membungkus semula barang-barang hantaran seperti skincare, alat solek dan lain-lain untuk dikembalikan kepada mantan kekasihnya.
''Sedih sangat barang-barang hantaran kerana diputus sebelah pihak (lelaki). Walaupun mereka pisah secara baik tetapi aku sebagai kakak turut bersedih atas perbuatan lelaki itu yang mengaibkan adikku,'' tulis Ratna dalam video tersebut.
Menurutnya, calon suami adiknya sebelum itu pernah datang ke rumahnya bersama kedua-dua orang tuanya untuk meyakinkan keluarga Ratna.
Namun, ternyata lelaki berkenaan memberi harapan palsu serta memalukan keluarga Ratna.
''Adikku secantik itu, ditinggalkan serta ditipu sedangkan pihak lelaki sudah membawa ibu bapanya ke rumah minta adik aku serius dalam hubungan mereka.
''Semoga kamu (adik) mendapat pengantin lelaki lain yang baik,'' kata Ratna pada video itu.


Video yang berdurasi satu minit setakat ini sudah ditonton lebih 4.2 juta pengguna dan mendapat pelbagai komen daripada warganet.
''Kenapa diminta lagi?? Ya Rabbil... Ye sabar untuk adiknya. Insya-Allah sudah disiapkan Allah yang lebih-lebih baik... rencana Allah indah,'' kata akaun @musuh tapi menikah.
''Di sebalik kesedihanmu, Allah sedang menjagamu dari lelaki yang tidak baik dan yakinlah Allah sudah persiapkan yang jauh lebih baik... Semangat ye,'' ucap akaun @ali-kiim.
''Lelaki yang baik tidak akan meminta barang- barang lamaran dikembalikan. Allah sedang menyelamatkan adiknya,'' kata akaun @aldila-s.


Sementara itu, Ratna yang nama sebenarnya Pipit Ratna Sari memberitahu kira-kira empat bulan lalu, keluarga lelaki itu datang ke rumahnya meminta hubungan yang serius sehingga ke jinjang pelamin antara adiknya dan lelaki berkenaan.
''Tetapi sekarang dibatalkan dan tidak ada perbincangan yang elok dengan keluarga saya.
''Dia (lelaki) pergi meninggalkan adik saya begitu sahaja dengan alasan dia belum bersedia lagi untuk berkahwin dan dia tidak secocok dengan adik saya,'' kata Ratna ketika dihubungi Wolipop.
Menurutnya lagi, persiapan hari lamaran sudah dilakukan oleh adiknya dan adiknya juga telah mempersiap dekorasi yang dipasang sendiri.
''Dekorasi perkahwinan sudah dipasang di rumah, adik saya bikin sendiri dekorasi untuk perkahwinannya dan semua barang perkahwinan sudah siap disediakan,'' ucap Ratna dengan nada marah dengan sikap lelaki itu yang membatalkan pertunangan secara mengejut tanpa berbincang kedua-dua pihak. - KitaReporters

14
9
0
21
0
You will be interested