Video| Mas kahwin unik! Lembu jantan mahar pernikahan! Juga wang tunai RM1,500, emas 3g, motosikal!
@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain
Share this
Pelbagai perkara unik dalam perkahwinan terjadi di Indonesia.
Selain perbezaan usia pengantin, perkara unik yang sering berlaku di Indonesia ialah berkaitan dengan barangan hantaran dan mas kahwin atau mahar.
Daerah Pati di Jawa Timur dan Ponorogo di Jawa Tengah sering mengadakan majlis perkahwinan dengan pemberian mahar dan barangan hantaran yang unik.
Di Ponorogo pernah berlaku 2 perkahwinan unik pada tahun 2024, menurut arkip Beritajatim.com.
Pertama, pada 29 Februari 2024, Irwan Sokip, 29, warga Desa Bangunrejo Kecamatan Sukorejo memberikan mahar berupa beras seberat 50 kilogram ketika mempersunting pujaan hatinya, Ikrima Zakiyah, 26.
Kemudian pada 20 April 2024, Andik Wigianto, 29, warga Desa Grogol Kecamatan Sawoo memberikan mahar berupa 1 unit motosikal sport berjenama Honda CBR, kepada pujaan hatinya, Puji Lestari, 28.
Lembu jantan sebagai mahar untuk melamar pujaan hati
Dan terbaharu, pada Jumaat, 5 Julai 2024 berlaku satu lagi perkahwinan unik di Ponorogo antara pasangan Danang Saputro, 28, dan buah hatinya Dita Eka Wahyu, 23.
Selain wang tunai Rp5.724.000 (kira-kira RM1,500), emas 3 gram, barangan untuk solat dan sebuah motosikal klasik, Danang turut memberi mahar unik iaitu seekor lembu jantan.
Lembu itu dibawa ke halaman masjid Kantor Urusan Agama (KUA) Pulung, dengan lori pikap dan mengejut para tetamu. Danang yang merupakan doktor haiwan dan pengemar lembu mempunyai beberapa lembu peliharaan.
Namun bagi tujuan lamaran dia membeli seekor lembu jantan 20 hari sebelum hari pernikahan dengan harga Rp21 juta (kira-kira RM6,000).
Menurut Danang dia bernazar untuk memberi seekor lembu jantan sebagai mahar ketika berkahwin.
Bercakap kepada media, si isteri Dita bercadang untuk memelihara lembu itu sebagai baka bagi memperkembang lembu ternakan suaminya.
Pasangan suami isteri ini menaiki motor klasik itu untuk pulang ke rumah mereka. Bupati (Ketua Kampung) Ponorogo Sugiri Sancoko menjadi saksi ketika akad.
Pernikahan unik ini tular setelah ia dimuat naik sejumlah sosial media serta beberapa media cetak dan media elektronik. - KitaReporters