Insan & Komuniti 23 Jun, 2024

Video| Subhanallah! Allahuakhbar! Kalimah Allah tertera pada daging lembu korban! Gemparkan penduduk!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Penyembelihan haiwan korban dilakukan selama empat hari iaitu pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13 haribulan.

Terdapat pelbagai peristiwa membabitkan haiwan korban. Antaranya haiwan korban mengamuk hingga mencederakan orang ramai, terlepas dan melarikan diri, dan pelbagai kisah lucu serta tragis terjadi .

Namun peristiwa yang terjadi pada hari pertama korban pada 17 Jun 2024 di Palembang, Sumatera Selatan benar-benar menunjukkan kebesaran Allah SWT.

Kalimah Allah sebesar 10 cm jelas kelihatan pada daging seekor lembu korban dan ia menggemparkan penduduk di Palembang.


Kisah bermula apabila seorang lelaki bernama Haji Bulhasan melakukan ibadah korban seekor lembu untuk dirinya, ibu bapanya, anak-anak dan cucunya cukup untuk tujuh bahagian.

Majlis penyembelihan bermula selepas solat Hari Raya Aidiladha dengan dibantu oleh ahli keluarga dan sejumlah penduduk setempat di Lorong Karang Anyar, Plaju.

Penyembelihan berjalan lancar, namun kejutan berlaku ketika proses memotong daging menjadi potongan kecil untuk dibahagikan. Salah seorang petugas tergamam melihat sepotong daging yang dihirisnya terlihat jelas kalimah Allah dalam tulisan jawi.



Bulhasan yang melihat kalimah itu melarang bahagian daging lembu itu disedekah, sebaliknya mengarahkan ia di simpan dalam peti sejuk.

Bulhasan melakukan ibadat korban hampir setiap tahun namun penemuan kalimah Allah pada daging korban itu adalah pertama kali baginya. Baginya ia merupakan tanda keberkahan dan kebesaran Sang Illahi.

Lembu itu dibeli di Ogan Ilir, Palembang dengan berat kira-kira  200 kg.

Peristiwa itu tular setelah dimuat naik beberapa media sosial dan sejumlah media cetak dan media elektronik di Indonesia. - KitaReporters

13
7
0
12
0
You will be interested