Insan & Komuniti 17 May, 2024

Kisah-kisah menarik warga emas di empat pusat penjagaan! Dikongsi bagi beri kefahaman, keinsafan!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this

Penghuni di Rumah Penjagaan Warga Emas Al-Fikrah di Kajang Selangor.

Rumah penjagaan warga emas sering dianggap tempat yang paling menyedihkan bagi golongan tua menghabiskan sisa hidup mereka tanpa ditemani keluarga dan sanak saudara. 

Namun tak ramai yang tahu bahawa rumah penjagaan dan perlindungan warga tua ini sebenarnya adalah tempat paling selesa dan bahagia bagi ramai penghuni dirumah orang orang tua ini. 

Ada yang kata rumah ini ibarat syurga dan tempat paling bahagia mereka tinggal sebagai transit sebelum mereka menutup mata buat selama-lamanya. 



Aktiviti di Bait Al-Mawadah rumah penjagaan Pusat Zakat Selangor di Jalan Kebun, Klang.


Banyak kisah sedih yang kita dengar bagaimana warga tua ini dihalau oleh darah daging sendiri, dibuang ditepi jalan, ditinggalkan di hospital dan tidak lagi datang berjumpa mereka. 

Namun bila mendengar cerita penghuni, ramai bersyukur mereka ditempatkan di rumah rumah berkenaan kerana selain mendapat makan dan minum yang mencukupi, kesihatan mereka juga dijaga dengan baik, mendapat ilmu agama sebagai bekalan di akhirat nanti,  juga aktiviti yang menceriakan, selain ramai kawan-kawan rakan sebaya yang sama nasib tinggal bersama. 


Pengurus Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Nurul Atikah Mohd Azmi


Ada yang mengatakan, tinggal di rumah orang tua lebih tenang daripada tinggal dengan anak-anak cucu dan saudara mara yang adakalanya membuatkan mereka sedih dan rasa sangat rendah diri dan terpinggir. 

Bagi mereka rakan-rakan senasib sentiasa ada untuk memberi semangat dan mengharungi hidup dengan lebih positif. Aktiviti di rumah penjagaan orang tua adalah satu cara mereka beriadah dan berinteraksi sesama mereka. 

Ikuti kisah menarik dari empat buah rumah Penjagaan Warga emas yang penuh dengan pengajaran dan memberi keinsafan pada generasi masa kini serta membuatkan kita terfikir mengenai tanggungjawab kita sesama manusia terutamanya ahli keluarga yang sanggup membuang warga emas yang tua dan sakit serta tidak mempunyai tempat tinggal.Kisah kisah menarik ini akan disiarkan dalam rencana berbentuk kemanusiaan dalam portal KitaReporters ini.  

Empat Pusat penjagaan Warga Emas ini menjadi kajian penulis kerana mereka telah menjalankan tugas menjaga warga-warga emas ini dengan baik serta memberi perlindungan kepada warga emas yang terbiar dan terbuang. 


Pengurus Nur Hasanah, Kairul (kiri sekali) bersama penulis dan rakan-rakan

Semoga kajian di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Kajang; Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah, di Jalan Kebun, Klang; Pusat Jagaan Nur Hasanah di Beranang; serta Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih dan luahan hati warga emas ini dapat memberi kita pengajaran dan keinsafan dalam diri untuk menjaga ibu bapa dan ahli keluarga kita yang telah tuan dan uzur dengan baik. 

Hidup ini satu putaran, jika hari ini kita berbuat baik pada ibu bapa kita nanti insya-Allah anak-anak kita akan berbuat baik pada kita. Begitu juga jika kita menjaga sanak saudara dengan baik suatu hari nanti insya-Allah apabila kita tua kita juga akan dijaga dengan baik. - KitaReporters



Pusat Penjagaan Mahmudah Semenyih

8
14
0
15
0
You will be interested