Insan & Komuniti 04 Oct, 2024

Video| Rezeki terpijak! Dulu pesawah miskin, kini jutawan! RM4.8j jual tanah untuk dibuat jalan tol!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Setiap insan mempunyai impian untuk memperoleh jumlah wang yang banyak. Yang miskin bercita-cita jadi kaya, sementara yang sudah kaya ingin meningkatkan kekayaan sehingga menjadi jutawan.

Ramai yang gagal dalam cita-cita sedemikian, malah jadi sebaliknya. Rezeki adalah rahsia Tuhan. Orang miskin boleh jadi kaya sekelip mata bukan lagi cerita donggeng. Tapi bukan kerana loteri.

Ia dibuktikan petani bernama Widodo Guritno di Desa Tampirkulon, Kecamatan Candimulyo, Magelang, Jawa Tengah.


Widodo menerima sebahagian daripada wang pampasan  baru-baru ini

Setelah bertahun-tahun hidup miskin sebagai pesawah di tanah milik keluarga, Widodo tidak menyangka dapat menjadi jutawan segera dalam sekelip mata.

Rezeki terpijak itu diperoleh hasil bayaran pampasan untuk projek lebuh raya bertol Jogja-Bawen di wilayah Magelang.

Puluhan pemilik kebun di Magelang mendapat wang pampasan, namun hanya Widodo mendapat perolehan wang terbanyak. 

Ini kerana projek itu membabitkan dua bidang sawah miliknya seluas 515 meter persegi dan 5.179 meter persegi yang dianggar bernilai Rp17.6 milyar (bilion dalam bahasa Melayu) atau (kira-kira RM4.8 juta).


Jalan tol dibina untuk keselesaan penduduk dengan membayar pampasan kepada pemilik tanah terlibat.


Tanah sawah itu asalnya milik orang tua Widodo dan dia mempunyai enam beradik. Namun adik beradik yang lain tidak berminat menguruskan sawah dan bekerja di Jakarta. 

Dua abangnya sudah meninggal. Dan Widodo anak bongsu. Jadi sawah itu ditukar milik geran kepada Widodo sejak beberapa  tahun lalu.

Pendapatan adik beradik yang bekerja di bandar jauh lebih baik daripada Widodo yang cuma mengusahakan sawah.

Para awalnya Widodo keberatan untuk menjual sawahnya, namun atas kepentingan ramai untuk laluan tol itu akhirnya dia bersetuju dengan penduduk-penduduk lain.

Widodo dan penduduk kampung terlibat menerima sebahagian bayaran baru-baru ini.


Widodo tetap tidak melupakan abang-abang yang masih hidup. Dia bercadang untuk memberi sebahagian hasil pampasan kepada mereka. Sementara Widodo bercadang untuk membeli sejumlah sawah untuk diusaha di samping membeli kereta dan jentera membajak.

Bagi Widodo yang mempunyai tiga anak ini menerima wang terpijak akan diguna sebaik-baiknya untuk dijadikan modal bagi menambah harta. - KitaReporters

8
8
0
9
0
You will be interested