Insan & Komuniti 22 Oct, 2023

Tahniah Ahmad Syafri dan Zaid! Jadi Presiden, Timbalan Presiden Kelab Media Wartawan Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Razali (baju batik disambut oleh ahli Kawat di Hotel Permai, Kuala Terengganu


SELEPAS lebih tiga tahun mengidam  menjadi Presiden Kelab Media Wartawan Terengganu (Kawat), akhirnya percubaan Ahmad Syafri Husnaini Mohamad, 48, untuk menduduki kerusi panas warga media Terengganu itu tercapai pada Mesyuarat Agung Dwitahunan yang berlngsung di Perrmai Hotel, Kuala Terengganu pada malam 20 Oktober 2023.

Ahmad Syafri, yang bertugas sebagai pembantu penerangan di Jabatan Penerangan Terengganu berjaya menewaskan tiga saingan utama dalam perebutan yang dianggap senggit itu.

Jawatan Presiden dipertandingkan apabila  berlaku kekosongan berikutan kematian Presidennya, Khairul Azlam Mohamad pada Julai 2022.


Ahmad Syafri Husaini Mohamad


Ahmad Syafri atau lebih dikenali sebagai juruacara majlis rasmi kerajaan mendapat undi tertinggi mengatasi tiga calon lain dalam pemilihan yang dihadiri 70 ahli Kawat. 

Beliau bukanlah asing bagi Kelab Wartawan terunggul di negeri itu malah sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa selama beberapa tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato' Razali Idris hadir bagi merasmikan mesyurat tersebut.


Ahli Jawatankuasa KAWAT sesi 2023/2025 bergambar kenangan bersama Razali Idris (enam dari kiri)


“Alhamdulillah.. syukur kepada Allah SWT kerana saya diberikan amanah oleh ahli-ahli KAWAT untuk menerajui KAWAT bagi tahun 2023-2025. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir pada malam ini dan kepada yang tidak dapat hadir terima kasih juga atas sokongan dari anda semua.

"Semoga dipermudah urusan saudara dan saudari... Sekalung ucapan tahniah juga buat Timbalan Presiden dan kepimpinan AJK yang baru dilantik.

"Terima kasih kepada pemangku presiden dan kepimpinan yang terdahulu atas komitmen memimpin KAWAT di landasan yang terbaik. Mari kita bekerja bersama sama demi kebaikan ahli-ahli pada masa akan datang,” katanya sejurus selepas nama beliau diumumkan sebagai Presiden Kawat. - KitaReporters



Senarai penuh Ahli jawatankuasa Kawat bagi sesi 2023/2035 ialah:

Presiden - Ahmad Syafri Husnaini Mohamad (Jabatan Penerangan)

Timbalan Presiden - Zaid Mohd Noor (Utusan Malaysia)

Ahli Jawatankuasa

1. Siti Jamilah Hanim Jamil (RTM)

2. Kamaliza Kamaruddin (Utusan Malaysia)

3. Noor Aznida Alias (Bernama)

4. Mastura Jamaldin (UPDI)

5. Malik Muhammad (Harian Metro)

6. Mohd Khairul Fikiri Osman (Bernama)

7. Mohd Irsyadi Abu Bakar (UPDI)

8. Baharom Bakar (Berita Harian)

Pemeriksa kira-kira

1. Zaid Salim (Harian Metro)

2. Nur Fazlizai Ali (Awani)

 

 

13
18
1
8
1
You will be interested