Kisah Insan 15 May, 2020

Solat Jumaat di Terengganu 22 Mei! Tak boleh lebih 40 orang!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

KEBENARAN mengadakan aktiviti keagamaan membabitkan solat Jumaat di negeri Terengganu hanya diberikan kepada masjid dan surau terpilih sahaja pada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak COVID-19 yang belum tamat sepenuhnya di negeri ini. : KitaReporters

Masjid Kayu Ulul Albab di Jertih, Terengganu


Setelah mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada kali Ke-4 pada 12 Mei 2020, maka Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membenarkan umat Islam negeri ini mengerjakan solat Jumaat bermula 22 Mei 2020.

Kebenaran itu hanya terpakai untuk solat Jumaat sahaja manakala solat sunat Aidilfitri masih tidak dibenarkan.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda 


Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata, keputusan membenarkan aktiviti itu mengambil kira  keperluan mendirikan syiar Islam dalam kalangan masyarakat ketika penularan wabak  COVID-19 yang sudah menjangkau hampIr dua bulan.

“Menjunjung titah perintah dan perkenan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Mahhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri Terengganu aktiviti keagamaan solat Jumaat diperkenankan baginda,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat, 15 Mei 2020.

Bagaimanapun, katanya kebenaran berkenaan dengan syarat bilangan ahli Jemaah yang akan melaksanakan solat Jumaat hendaklah tidak melebihi 40 orang.

Katanya, menerusi kebenaran itu juga hanya satu masjid untuk satu daerah sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPB.

Beliau berkata, Pegawai Agama Daerah bertanggungjawab dalam mengenal pasti  Jemaah yang akan hadir solat berkenaan dengan buku catatan untuk merekodkan butiran ahli Jemaah.

Masjid Putih (Masjid Zainal Abidin) Masjjid Negeri di Kuala Terengganu 


Osman berkata, setiap Jemaah yang diizinkan hadir hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tanagan dan merekodkan kehadiran dalam buku kehadiran.

“Indvidu yang berumur 60 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir,” menurut kenyataan itu

Selain itu,katanya, mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema juga tidak dibenarkan hadir.

Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu


Katanya, mereka yang mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan  penyakit barah termasuk dalam syarat berkenaan.

“Khutbah hendaklah ditumpukan kepada rukun sahaja dengan mengambil kira tidak lebih daripada tujuh minit untuk kedua-dua khutbah.

Dalam perkembangan lain, sembahyang fardu lima waktu secara berjemaah di dalam masjid dibenarkan tiga orang yang hanya membabitkan ahli Jawatankuasa masjid, dan pegawai masjid secara bergilir-gilir dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Masjid paling unilk di Terengganu, Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jertih.


Menurut kenyaataan itu, Sultan Terengganu berharap semua rakyat negeri ini dapat bersabar dan memperbanyakkan berdoa, lebih-lebih lagi menjelang hari-hari terakhir Ramadan supaya Allah mengangkat wabak COVID-19. - KitaReporters

 

 

 

4
0
1
0
0
You will be interested

Shebby yang ku kenali! Ceroboh penginapan pemain! Disergah Tauke! Shebby tampil jadi penyelamat!

Persahabatan mula terjalin pada 1983 ketika kami jejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Saya baru bergelar wartawan, Shebby pula bina nama sebagai pemain bola sepak

Bapa banyak songeh! Usaha jadikan Jaami Qureshi warga gagal! Enggan janji kesetiaan, kata FAM!

Usaha jadikan Jaami Qureshi, yang ibunya kelahiran Manjoi, warganegara dan sarung jersi negara tak tercapai selepas bapanya gagal capai kata sepakat dengan FAM
Abdul Hafiz Ahmad in Kisah Insan 1 day ago

Yakin hidup semula! Ibu bapa simpan jenazah anak kesayangan! Selepas 3 bulan meninggal dunia!

Sepasang suami isteri di Jawa yang tak reda dengan pemergiaan anak perempuan mereka tergamak simpan jenazah anak itu yang meninggal dunia hampir tiga bulan lalu
Adnan Mohamad in Kisah Insan 4 days ago

Rezeki nelayan! Sangka anak buaya sangkut dalam pukat! Rupanya pari tunggol gergasi! Berat 40.5kg!

Nelayan Sendak Omar sangka seekor anak buaya tersangkut di pukatnya tetapi rupa-rupanya seekor ikan pari tunggol gergasi seberat 40.5kg anggaran bernilai RM324
Adnan Mohamad in Kisah Insan 5 days ago

Nia menangis dihukum penjara setahun! Bersalah bersama suami, pemandu! Kes salah guna syabu!

Nia Ramadhani menangis teresak-esak ketika mahkamah jatuhkan hukuman penjara satu tahun bersama suaminya, Ardi Bakrie akibat terbabit penyalahgunaaan dadah
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 week ago