Insan & Komuniti 04 Nov, 2020

Semoga syurga tempat awak! Awak orang baik ramai sayang awak

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

``SEMOGA syurga tempat awok. Terima kasih utk segalanya, awk rehat dan tenang ye…. Sampai mase giliran sy pulok awok baikk, ramai sayang awok, ramai mri tgok awokk…smoge saing awk dpt balasan sepadan dgn die wat ni,.’ Itulah kata-kata keluhan serta rintihan menerusi WhatsApp daripada teman lelaki Siti Nur Surya Ismail, 19, yang mati dibunuh dengan kejamnya pada kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad, 1 November 2020. : KitaReporters


MUHAMMAD HAIQAL ADNAN


Lagi cerita-cerita berkaitan Siti Nur Surya:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nur+surya


WhatsApp yang ditulis dalam bahasa loghat Terengganu oleh Muhammad Haiqal Adnan juga berumur 19 tahun itu dihantar kepada rakan-rakannya selepas kematian Siti Nur Surya yang tinggal di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu dengan penuh kesedihan.

SITI NUR SURYA ISMAIL


Mesej WhatsApp tersebut boleh diterjemahkan sebegini:

``Semoga syurga tempat awak (Siti Nur Surya). Terima kasih untuk segalanya, awak rehat dan tenang di sana ye… Sampai masa  giliran saya pula, awak baik, ramai yang sayangkan awak, ramai yang datang menziarah awak, semoga kawan awak akan dapat balasan yang sepadan apa yang dia buat terhadap awak''. 

Sebelum itu, Muhammad Haiqal memaparkan video kenangan bersama arwah Siti Nur Surya yang turut mendapat simpati daripada orang ramai ke atas nasib yang menimpa ke atas pemuda itu akibat terpisah dengan gadis tersayang itu.



``Saya akui arwah seorang gadis yang baik dan taat kepada kedua-dua ibu bapanya dan sepanjang pergaualan saya dengan dia tidak menimbulkan sebarang masalah malah dia seorang periang. 

``Walaupun saya sayang Siti Nur Surya, keluarga dia memang lagi sayang pada arwah tetapi saya tetap reda dengan kehendak Allah dan saya doakan semuga roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh,’’ katanya dengan penuh kesayuan atas kematian teman wanitanya yang dibunuh tanpa disangkakan oleh seorang rakan karib mangsa itu sendiri. 

Gadis malang itu dibunuh dengan kejam oleh rakannya juga berumur 19 tahun selepas suspek mendakwa bergaduh dipercayai berpunca mangsa menghina suspek. 

Siti Nur Surya ditemui mati di rumahnya pada hari kejadian itu dalam keadaan muka, leher, dada serta pergelengan tangan mangsa cedera kerana tikaman senjata tajam. 

Polis mengsyaki suspek terbabit dengan kes tersebut berdasarkan rakaman CCTV dari sebuah rumah jiran mangsa yang kelihatan suspek pergi ke rumah mangsa  dengan menaiki sebuah motosikal pada hari tersebut. 

Berikutan dengan kejadian itu, polis memanggil suspek untuk disoal siasat yang akhirnya suspek mengaku melakukan pembunuhan berkenaan selepas suspek bertindak menyerang mangsa dengan sebilah pisau apabila dia diejek dan dihina oleh mangsa. 

Suspek kini ditahan reman selama 7 hari bermula pada Selasa, 3 November 2020 di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. - KitaReporters


3
0
14
0
0
You will be interested