Insan & Komuniti 10 May, 2021

Video| Dibuang kerja! Dani nekad bawa isteri, 2 anak balik kampung! Jalan kaki beratus kilometer!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Dani menunjukkan surat pemberhentian kerjanya. Kredit foto: Tribun Jabar


PANDEMIK Covid-19 menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan. Justeru ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk mencuba kehidupan baharu.

Kisah seorang lelaki diberhentikan kerja hingga hilang mata pencarian dan terpaksa membawa isteri dan 2 anak sekali pulang ke kampung ratusan kilometer dengan hanya berjalan kaki menjadi tular dalam media.

Dani dan isteri, Masitoh Aninur Lubis bersama dua anak mereka. - Kredit foto: insiden24.com


Dani, 38, dibuang kerja oleh sebuah kilang di Gombong, Jawa Tengah

Melihat masa depannya yang gelap di kota itu membuat dia nekad membawa isterinya, Masitoh Aninur Lubis, 36, pulang ke kampungnya di Jalan Jalak Harupat, Soreang, Bandung, Jawa Barat, yang terletak kira-kira 280 kilometer jauhnya dari Gombong, untuk mencari rezeki baharu.

Ketika larangan balik kampung dikuat kuasa, tiada perkhidmatan bas antara daerah dijalankan. Tambahan suami isteri ini cuma ada Rp120 ribu (kira-kira RM35) pada tangan.


Kredit foto: Google Map


.

Dani, Masitoh dan anak-anak berehat setelah letih berjalan. - Kredit foto: Tribun Jabar.

Mahu tidak mahu mereka terpaksa berjalan kaki dari Gombong, Jawa Tengah pada petang Ahad, 2 Mei 2021 dengan membawa beg sandang dan dua anak yang masih kecil iaitu Manpa, 3 tahun 8 bulan; dan Hanum, 1 tahun 5 bulan.

Pasangan suami isteri ini tidak menghiraukan larangan balik kampung yang diumum oleh kerajaan. Dani dan Masitoh  terus berjalan untuk dapat balik kampung denggan selamat.

Dengan cuma berselipar lusuh kedua-duanya berjalan bersama anak yag tua, sementara anak kecil digendong secara bergantian menyusuri jalan raya. Dalam sehari mereka dapat berjalan kira-kira 25 hinga 30 kilometer.

Mereka hanya berjalan pada waktu siang. Malam hari mereka berehat di stesen minyak dan mandi. Kerana perjalanan yang memenatkan mereka tidak berpuasa.



Sepanjang perjalanan mereka dibantu oleh orang ramai yang baik hati dengan memberi makan, minum dan sejumlah wang. Perjalanan mereka dapat dipercepat jika ada pemandu yang sedia menumpang ke destinasi tertentu.

Pada Jumaat, tengah hari 7 Mei 2021, pasangan ini ditemui wartawan Tribun News sedang berehat di bawah pokok rendang di tepi Jalan A Yani, Lingkungan Bolenglang, Ciamis, Jawa Barat.

Ketika itu mereka sudah melakukan perjalanan sebanyak 278 kilometer selama enam hari.

Mereka kelihatan letih dan berpakaian lusuh.

“Beginilah setiap hari, kalau terlalu letih terus berehat dan disambung lagi hingga senja,” kata Dani kepada wartawan, Jumaat, 7 Mei 2021.

Pasangan ini mempunyai empat anak. Anak sulung, Eva, 16, belajar di sebuah pesantren. Sementara anak kedua, Ihsan,10, tinggal bersama neneknya di Medan.

Jika perjalanan lancar keluarga ini akan sampai ke destinasi pada Khamis. 13 Mei 2020 iaitu hari kedua hari Raya Aidilfitri. Namun ia akan lebih cepat sampai jika ada pihak yang sudi menumpangkan. - KitaReporters

Bila penat, keluarga Dani berrehat di tepi jalan di bawah pokok. - Kredit foto: PrianganTimur.com

1
0
2
1
0
You will be interested