Insan & Komuniti 01 Nov, 2020

Sungguh! Itulah nama sebenar bapa saya! Pensyarah mohon maaf

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SEORANG mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, Perak tidak pernah malu memiliki  nama bapa yang unik malah berasa bangga kerana menganggap nama berkenaan lain daripada individu lain dan mungkin hanya dia seorang sahaja di dunia ini. Namun biasalah! Di luar sana tu ada yang suka mengejek, dan lebih buruk menghina!! : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan ejek:

https://kitareporters.com/search?search=ejek


Menurut Muhamad Khuzairi Keria, dia tidak pernah merasakan rendah diri atau menjadi bahan ejekan rakan-rakan sebaya kerana nama bapanya agak unik.  Malah ada yang menganggap dia sengaja meletak nama gelaran berkenaan kepada ayahnya.

Terbaharu, dia berkongsi momen lucu yang dilalui pensyarahnya sendiri kerana menganggap menulis nama samaran ketika menghantar tugasan.

Malah pensyarahnya meminta supaya dia menulis nama penuh gara-garanya dia menulis nama sebagai Khuzairi Keria.


Kredit foto: mstar.com.my



Situasi itu menyebabkan pensyarahnya yang dikenali sebagai Madam Lily menegurnya supaya membetulkan nama dan menulis nama penuh.

“Nama betul dan penuh. Kang melekat keria dengan kamu kang,” tegur pensyarahnya yang mengajar subjek Pengekodan di university berkenaan.


TIDAK pernah terasa dengan usikan kawan yang dialami sejak 20 tahun lalu. - Kredit foto: Twitter @khuzairikeria.


Khuzairi pula yang sudah biasa dengan ‘situasi’ berkenaan menegaskan bahawa itu adalah nama bapanya yang sebenar dan bukan menggunakan nama gelaran.

Dia kemudian berkongsi momen berkenaan dalam Twitter miliknya dengan niat mahu bercerita sambil berkongsi momen lucu dengan rakan-rakan.


TIDAK sangka niat sekadar berkongsi momen lucu bertukar menjadi viral sehingga pensyarahnya juga terkena tempias dengan kejadian yang berlaku.


Namun perkongsian berkenaan menjadi tular dalam medsoso sehingga meraih lebih 19,500 retweet (ciapan semula). 

Malah remaja berusia 20 tahun itu langsung tidak mengambil hati dengan teguran berkenaan kerana dianggap sudah biasa dengan teguran sebegitu.

Lebih melucukan, selepas pensyarahnya mengetahui itu adalah nama sebenar, beliau terus memohon maaf dan menghantar pesanan suara. “Saya tak tahu nama bapa awak macam tu,” ujar Madam Lily.

Kongsinya, sejak pada alam persekolahan lagi dia sudah lalui perkara itu. Malah akuinya ada cikgu di sekolahnya menganggap dia sengaja menggelarkan nama kepada bapanya. : KitaReporters


12
3
0
1
0
You will be interested