Insan & Komuniti 20 Dec, 2020

Video| Akibat main air bah! Tersangkut di pokok, motor hilang

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

AKIBAT keseronokan bermain air bah pada musim banjir di jalan raya mengakibatkan dua remaja menerima padah apabila salah seorang daripadanya tersangkut di pokok, manakala seorang lagi dapat menyelamatkan dirinya selepas skuter yang ditunggangi mereka itu terjatuh lalu hanyut dibawa arus deras. : KitaReporters


ANGGOTA ATM sedang menarik tali yang diikat dpada tubuh badan remaja yang tersangkut di atas batang pokok di Kampung Ijok, Kemaman, Terengganu pada 19 Disember 2020. - Kredit foto: APM Kemaman


Lagi kisah-kisah berkaitan APM:

https://kitareporters.com/search?search=APM


Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Ibok, Kemaman, Terengganu pada kira-kira pukul 3 petang Sabtu 19 Disember 2020, kedua-dua sahabat terbabit berusia 20-an dikatakan sedang meredah air banjir di atas jalan raya tersebut. 

Sebaik sahaja sampai di satu  kawasan air agak dalam sedikit menyebabkan skuter jenis Yamaha Ego yang dinaiki mereka secara tiba-tiba mati dan tidak dapat bergerak lalu terjatuh di atas jalan raya itu sebelum kenderaan itu hilang dibawa air deras.

Bagaimanapun, salah seorang daripada remaja itu dapat diselamatkan oleh beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kemaman. 


REMAJA terbabit tersangkut di batang pokok. - Kredit foto: APM Kemaman 



Pegawai APM Daerah Kemaman, Kapten (PA) Mohd Suhaimi Awang @ Muhammad berkata kejadian yang berlaku tersebut dilihat oleh anggotanya yang ketika itu sedang memantau keadaan banjir di kawasan Ibok yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.

Beliau berkata, apabila anggota APM melihat kejadian itu mereka terus berkejar untuk menyelamatkan mangsa dan motosikal yang hilang dibawa arus itu belum dijumpai lagi sehingga petang semalam.

``Seorang daripada pemuda itu sempat menyelamatkan diri dan seorang lagi yang tersangkut di sebatang pokok telah diselamatkan oleh APM dengan menggunakan seutas tali untuk diikat pada tubuhnya.

``Dengan tali yang diikat pada badannya dalam keadaan arus deras mangsa berjaya dibawa keluar ke kawasan di bahu jalan,’’ katanya ketika dihubing Sabtu 19 Disember 2020.

Mohd Suhaimi berkata, dua sahabat itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan syukurlah mereka selamat. - KitaReporters

1
2
0
0
3
You will be interested