Insan & Komuniti 16 Dec, 2020

Temui cinta sejati? Wanita berkahwin dengan beg pakaian!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

YA, cinta itu memang buta tetapi tidaklah sampai menyintai benda atau objek yang tidak bernyawa. Itu cinta gila namanya! Namun, seorang wanita membuktikan cinta itu benar-benar gila apabila mengakui kepada umum bahawa dia lebih menyukai benda atau objek yang tidak bernyawa. : KitaReporters


Gordon mengakui lebih menyukai benda atau objek daripada manusia. - Kredit foto: Mirror.com


Lagi kisah-kisah berkaitan percintaan:

https://kitareporters.com/search?search=percintaan


Lapor portal Mirror.com, wanita bernama Rain Gordon, 24, itu mengakui jatuh cinta dan ghairah dengan benda atau objek. Malah, dia sanggup berkahwin dengan beg pakaiannya sendiri yang dianggap sebagai ‘suami’.

Menurut Gordon, objek ini adalah tempat dia mencari cinta dalam hidupnya. Dia berkahwin dengan beg pakaian tersebut yang dinamakan Gideon pada Jun 2020 yang lalu.



Cinta itu buta! Ia telah dibuktikan oleh Gordon apabila memilih beg pakaian sebagai suami. - Kredit foto: Mirror.com


Perkahwinan pelik ini diaturkan oleh rakan baiknya. Jelas Gordon, dia pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki satu ketika dulu. Namun anehnya dia tetap tertarik dengan dan selesa menjalinkan hubungan dengan benda atau objek.

Wanita muda ini pertama kali bertemu dengan ‘bakal suami’ (beg pakaian) pada bulan Ogos 2015 setelah membelinya di kedai perkakasan untuk tujuan bergambar.

Gordon, yang bekerja sebagai guru tadika, menjelaskan hubungan cinta dengan beg itu menjadi rasmi beberapa bulan kemudian pada November 2015.


Gordon mencium suaminya. - Kredit foto: Mirror.com


Setelah beberapa tahun bercinta, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan beg tersebut.

"Minat saya terhadap semua ini bermula pada usia lapan tahun. Ketika kecil dan awal remaja, saya jatuh cinta dengan tempat-tempat seperti pusat beli-belah baharu di bandar saya. Saya tahu itu salah dan di luar kebiasaan masyarakat. Saya tidak memberitahu sesiapa," cerita wanita berasal dari Moscow, Rusia ini.

Gordon pantang melihat benda atau objek yang berkenan di hatinya sehingga memuji-mujinya secara berlebihan.  Malah, dia sanggup menghadap benda atau objek yang disukai sehingga berjam-jam lama dan mampu merasai kehadirannya.  

Begitulah penangan cinta daripada benda atau objek terhadap Gordon.  


Pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki, namun Gordon tetap menyukai benda atau objek. - Kredit foto: Mirror.com


Semoga kita dijauhi daripada perkara-perkara yang sia-sia ini. 

Allah SWT menjadikan manusia itu berpasangan dan daripada jenis yang sama. Maka, berkahwinlah sesama manusia bukannya benda atau haiwan. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested