Insan & Komuniti 14 Sep, 2021

Video| Aiman Nasir@Wynne: Aiman Kecek Kelate! Ajar kawan mat salih di UK makan durian, budu!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

Aiman Nasir anak kacukan Melayu dan Inggeris dari United Kingdom menghasilkan video perbualan dialek Kelantan. - Kredit foto: YouTube Aiman Kecek Kelate


DALAM kesugulan menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, netizen di negara ini terhibur dengan konten YouTube, Aiman Kecek Kelate (Kelantan) milik Aiman Nasir atau Aiman Wynne, 23,  seorang Youtuber dari United Kingdom (UK). 

Saluran YouTubenya mengumpul ramai pengikut dari Malaysia, dalam tempoh lima bulan dibuka, sehingga kini telah mengumpul 78.8 ribu subscribers, sesuatu di luar dugaan anak muda kacukan Melayu dan Inggeris itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Youtuber

Aiman memperkenalkan bahasa Melayu loghat Kelantan kepada rakan-rakan dalam pergaulan seharian. - Kredit foto: YouTube Aiman Kecek Kelate



Menariknya, Aiman si mat salih ini kelihatan bersungguh-sungguh mengekalkan penggunaan dialek Kelate dalam semua videonya sehingga semua kawan Inggerisnya diajar berbahasa Kelantan. Dia sentiasa memastikan kawan-kawannya mengulang pertuturan dalam loghat sama, setiap kali mereka menjawab dalam bahasa Inggeris, dia akan terjemahkan ke dialek Kelantan, sebelum meminta kawannya mengikut patah kata ayat berkenaan. 

Aiman gembira kerana kawannya yang ini menyukai nasi kerabu yang diperkenalkannya. - Kredit foto: Youtube Aiman Kecek Kelate


Sepertinya Aiman menyangka pengikut di Malaysia tidak faham bahasa Inggeris memandangkan rakan-rakannya di Pulau Perhentian tempat dia bekerja sebelum PKP, sukar memahami bahasanya.

“Empat tahun lepak dengan saen-saen (kawan-kawan) di sana, demo tak berapa reti Inggeris. Sebab nak bersae (berkawan) rapat dengan mereka maka terpaksalah belajar kecek Kelate," ujarnya sewaktu ditemu bual satu stesen televisyen tempatan. 

"Memang susah kerana tiada bahan rujukan untuk belajar, melainkan melalui pergaulan. Tapi ada satu yang membantu, kawe tengok drama spote (spontan) dalam YouTube Syahmi Sazli," ujarnya. Syahmi Sazli adalah antara YouTube tersohor dalam dialek Kelantan.




Berapa lama Aiman ambil masa kuasai dialek Kelantan? 

"Dua tahun belajar, baru tahu sikit sikit sahaja, masuk empat tahun barulah dapat bertutur lebih sikit," tambahnya sambil mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Aiman juga turut belajar melalui sesi live (secara langsung), antaranya dengan anak seni Kelantan, Poyie Gasi, influencer Mek Yun dan penyampai radio tertentu. 

Konten YouTube Aiman berkonsepkan perbualan, setakat ini membabitkan bekas rakan sekolah dan rakan sekerjanya melalui aktiviti bersama sambil memperkenal dialek Kelantan dan makanan Malaysia kepada kawan-kawannya di UK, seperti nasi dagang dan nasi kerabu, yang ternyata turut digemari rakannya. 

Bagaimanapun Aiman kecewa dan hairan apabila kebanyakan mereka tidak dapat menerima makanan Malaysia kegemarannya, iaitu durian.


Kawan-kawan Aiman bersedia untuk makan durian. - Kredit foto: YouTube Aiman Kecek Kelate


Begitu juga budu, ada yang tidak dapat menelan, sehinggakan diluahkan kembali. Aiman kemudian merungut (dalam Kelate), kenapa makanan yang sangat sedap baginya tidak dapat diterima oleh kawan-kawannya.

Aiman berkata, "saen-saennya (kawan) sporting belako," mereka senang bekerjasama dalam pembikinan videonya. 

Punca Aiman membuka saluran YouTube Aiman Kecek Kelate?

Terperangkap di kampung sendiri di Bristol tak dapat pulang ke Malaysia punca Aiman membuka You Tube itu. Buntu tak dapat kembali ke Malaysia untuk bekerja dan meneruskan latihan berkomunikasi, maka melalui saluran itu dia mempratikkan pertuturan Kelantan.

Video saluran Aiman Kecek Kelate tular di Malaysia Julai 2021 lalu, yang mempopularkan dirinya sebagai mat salih pandai bertutur Kelate.


Aiman menerangkan sesuatu sebelum kawannya membasuh tangan untuk makan dalam sesi memperkenal nasi kerabu dan nasi dagang. - Kredit foto: YouTube Aiman Kecek Kelate


Saluran itu kemudian pantas mengumpul ramai pengikut dari Malaysia, dan Aiman semakin dikenali apabila kerap muncul dalam sesi siaran langsung dalam media sosial dan  perdana berikutan kemampuannya bertutur Kelate, sekali gus menaikkan martabat dialek itu apabila semakin ramai orang luar menyukai lenggok kecek Kelate.

Penyampai siaran Borak Kopitiam TV3, Fiona mengakui kagum dengan keupayaan Aiman bertutur Kelate memandangkan dia sendiri menganggap loghat itu sangat susah untuk dipertuturkan dan juga sukar difahami.


Video aksi Aiman memperkenalkan makanan budu kepada kawan-kawan. Kredit foto - Youtube Aiman Kecek Kelate


Kenapa Aiman balik ke Kelantan?

Dia yang dibesarkan di UK menambah, "sebelum ini dia berada di Malaysia sudah masuk empat tahun, kawe bekerja di Pulau Perhentian." 

"Tahun lalu balik kampung di UK, cadang dua minggu sahaja tetapi kerana PKP, tersangkut di kampung di UK dah setahun lebih," ujarnya yang pulang bersama bapa di kampungnya di Kelantan untuk belajar budaya Malaysia dan agama.

Menurut Aiman, dia memang berhasrat kembali ke Malaysia sebaik PKP berakhir dan keadaan pulih. Tidak dia sangka keadaan wabak, telah menjadikannya tersohor asbab pembukaan saluran YouTube, Aiman Kecek Kelate.

Uniknya Aiman hanya tahu bertutur dialek Kelantan, tetapi tidak faham bahasa Melayu rasmi (Bahasa Malaysia).

Sebagaimana YouTuber masakan, Sugu Pavithra yang terkenal mendadak tanpa disangka sewaktu PKP 1.0, sementara Aiman dikenali pada musim PKP 3.0. 

Mereka ini adalah antara YouTuber yang tersohor dan dikenali pada musim wabak Covid-19. - KitaReporters


Aiman (kiri) bersama kawannya dalam kegiatan berkhemah. - Kredit foto: YouTube Aiman Kecek Kelate

16
5
0
12
0
You will be interested