Insan & Komuniti 31 Jul, 2020

Bahaya sangat! Jangan solat di lorong kecemasan lebuh raya!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

“BETUL… solat itu wajib bagi setiap umat Islam. Namun dalam mengerjakan ibadat tersebut janganlah sehingga boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Jika tiada RnR, solatlah di dalam kereta. Konsepnya sama seperti solat di dalam kapal terbang. Hanya perlu Google, insya-Allah ada." KitaReporters  


Lagi cerita-cerita berkaitan solat:

https://kitareporters.com/search?search=solat


Begitu antara komen netizen ekoran tularnya sekeping gambar dalam laman sosial Twitter @jentikhati yang memperlihatkan lorong kecemasan lebuh raya dipenuhi kereta yang berhenti dan kaum wanita dilihat sedang sembahyang

Komen daripada Twitter berkenaan yang menggelarkan dirinya  ‘Saya Kan Cuma’, @arep_lat menjawab luahan @jentikhati yang pada kapsyen gambar Ust Zarul Salleh ditulis: 

"Dulu suasana macam ini kita boleh tengok kat oversea je terutama masa dekat Mesir. Tapi sekarang ianya berlaku di Malaysia guys. Masya-Allah. Allah indahnya kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah pasti Allah jaga hubungan dengan kita."


Daripada pembacaan komen-komen, difahami keadaan itu berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur pada waktu subuh, Jumaat 31 Julai 2020 ketika warga kota pulang beraya Hari Raya Aidiladha ke Pantai Timur.

Disebabkan lalu lintas masih sesak, maka ramai pula yang mengambil peluang berhenti di lorong kecemasan lebuh raya untuk solat subuh.



Ekoran itu juga, twitter @keranisekolah  berpendapat,  "tak payah nak romanticed sgt negara luar lah, apa lah '… lalu menyiarkan laporan berita mengenai polis Dubai mengeluarkan saman terhadap pemandu yang memberhentikan kereta di tepi jalan untuk mengerjakan solat.

Pendek kata, sebahagian besar daripada warganet melihat tindakan bersolat di lorong kecemasan lebuh raya seperti itu tidak praktikal apatah lagi ia menghalang laluan ambulans atau pun polis yang perlu mengejar masa jika berlaku kemalangan atau pun membawa orang sakit.

Selain itu, ia juga boleh mengundang bahaya daripada kenderaan yang terbabas atau merempuh laju.




Mereka berpendapat, Islam itu mudah, malah rukhsah musafir yang tersangkut dalam kesesakan trafik boleh sahaja memilih untuk jamak, qada atau solat dalam kereta di tempat yang lebih selamat contohnya di kawasan RnR.

Memandangkan gambar yang tular berkenaan memperlihatkan kaum wanita yang bersolat, ada pula komen yang mempersoalkan tindakan sedemikian boleh menimbulkan fitnah pada golongan perempuan apabila solat secara terbuka. 

Twitter dari @HamiziHamzah menulis, orang yang lalu situ boleh nampak sosok tubuh wanita berkenaan dari belakang lebih-lebih lagi ketika dia sedang bersujud.

Wah! Jauh juga bayangan netizen-netizen yang prihatin ya? 

Apa pun perkongsian daripada @jentikhati ini mendapat tanda suka lebih 10,000 dengan ‘retweet’ dan komen lebih 6,000.

Jika korang nak  baca selanjutnya komen-komen bercampur positf dan negatif para netizen sekelian itu bolehlah baca beberapa komen di bawah ini.  

Selamat Hari Raya Aidiladha. - KitaReporters





0
0
0
0
0
You will be interested