Insan & Komuniti 28 Feb, 2021

Terima kasih JKM Setiu! Terima kasih tolong kami! Bantu OKU Hafisz dapat kerusi roda baharu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


Impian Abdul Hafisz Abdul Manan, 44, dari Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu untuk memiliki kerusi roda baharu bagi memudahkan dia bergerak akhirnya menjadi kenyataan apabila ada pihak tampil memenuhi hasrat lelaki tersebut.

Hafisz seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) sebelum ini menghadapi masalah untuk bergerak kerana kerusi roda yang dimilikinya terlalu uzur dan kerap rosak  menyebabkan dia sukar untuk bergerak.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan OKU:

https://kitareporters.com/search?search=OKU


Tolong kami! Bantu OKU Hafisz hidup berdikari! Perlu kerusi roda baharu untuk mudah bergerak

Nurul Ain Ramli (kanan) ketika menyerahkan kerusi roda kepada Abdul Hafisz Abdul Manan di rumahnya.


Hasrat OKU tersebut terlaksana apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu yang prihatin dengan nasib menimpa Hafisz turun padang menyumbangkan sebuah kerusi roda yang baharu kepada beliau.

Penolong Pegawai JKM Setiu, Nurul Ain Ramli berkata, sumbangan kerusi roda untuk Hafisz itu berikutan kerusi roda lama OKU itu tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyukarkan pergerakan.


Nurul Ain Ramli


Katanya, pihak JKM mendapat maklum mengenai kehendak OKU terbabit yang memerlukan kerusi roda selepas mengetahuinya melalui media sosial yang melaporkan kisah penderitaan lelaki tersebut.

Menurutnya, pihaknya mengharapkan mana-mana OKU di Setiu yang memerlukan kerusi roda bolehlah terus memohon di pejabat JKM Setiu di Bandar Permaisuri

“Diharapkan dengan adanya kerusi tersebut Hafisz dapat melakukan pergerakan dalam kawasan rumahnya,” kata ketika menyerahkan kerusi tersebut.


Abdul Hafisz mencuba kerusi roda baharu sumbangan JKM Setiu


Hafisz yang cacat fizikal adalah OKU yang gigih dan mampu berdikiri dengan tinggal keseorangan di rumah selepas ibunya tidak lagi tinggal bersama kerana uzur dan terpaksa tinggal bersama anak yang lain.

Anak sulung daripada tiga beradik, dia mengalami kecacatan dari paras pinggang ke bawah sejak dilahirkan.

“Saya tidak mempunyai masalah tinggal bersendirian kerana masih mampu bergerak untuk mengurus diri sendiri seperti mandi, pakai dan makan,” katanya.

Beliau bersyukur dan terima kasih kepada JKM kerana mengambil cakna terhadap golongan OKU sepertinya. - KitaReporters


Abdul Hafisz kelihatan ceria selepas impianya untuk mendapat kerusi roda baharu terlaksana

1
0
1
0
0
You will be interested