Insan & Komuniti 23 Feb, 2021

Rancangan jangka panjang! Ebit Lew akan buka penginapan, tapak berniaga dan restoran percuma!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


PENDAKWAH bebas serta usahawan lagi dermawan yang tersohor dalam kalangan masyarakat kini, Ustaz Ebit Lew dijangka melebarkan sedekah jariahnya untuk orang ramai apabila beliau akan membuka Restoran Free (restoran percuma) bagi mereka yang benar-benar memerlukan makanan percuma di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak lama lagi.

Selain itu, beliau turut bercadang menyediakan tapak perniagaan untuk penjaja seperti Food Court serta memberi dana peniaga di situ dan membina sebuah tempat penginapan baru bagi mereka bergelandangan di Kuala Lumpur


Lagikisah-kisah menarik berkaitan Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew



Sebelum ini beliau sering menghulurkan pelbagai sumbangan kepada mereka yang menghadapi musibah tanpa mengira agama dan bangsa di merata negeri di seluruh negara. 

Namun sumbangan seperti itu kini beralih arah kepada satu perencanaan jangka panjang termasuk mewujudkan restoran percuma, tempat penginapan dan tapak perniagaan, selain mengekalkan bantuan untuk insan-insan yang memerlukan sebagaimana dilakukan sejak dahulu.


EBIT Lew berbincang dengan Annuar tentang kemiskinan kehidupan masyarakat. - Kredit Foto: Ebit Lew


Dalam pertemuannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada Isnin, 22 Februari 2021, Ebit Lew berkata beliau berbincang dengan menteri itu tentang masalah kemiskinan dan orang yang memerlukan bantuan. 

Beliau berkata, Annuar seorang menteri yang baik, merendah diri serta mudah diajak berunding mengenai kehidupan orang-orang miskin yang seharusnya diberi perhatian. 



Melalui perkongsian dalam laman Facebook Ebit Lew, penceramah bebas itu turut berbincang bersama dengan Annuar berkenaan tapak berniaga serta beberapa perkara lain. 

``Doa yang baik-baik untuk kami semoga apa yang saya rancangkan semuanya itu dapat berjalan dengan lancar dan ia dilaksanakan seboleh-bolehnya dalam masa terdekat ini. 

``Terima kasih Tan Sri. Semuga Allah beri kebaikan dan kekuatan terus membantu masyarakat. Semuga menjadi asbab kebaikan,’’ kata Ebit Lew.


EBIT Lew menyampaikan cenderahati kepada Annuar di pejabatnya pada 22 Februari 2021. - Kredit Foto : Ebit Lew


Dalam perbincangan itu juga, Ebit Lew turut berkongsi yang Annuar bertanya dengannya tidak pernah merasa kepenatan ke sana ke mari sambil memberi sumbangan dananya kepada mereka yang daif. 

``Saya kata saya hanya sedikit sahaja berbanding usaha kerajaan lebih banyak lagi serta badan yang lain dan senyuman pada wajah orang miskin serta doa mereka sangat besar nilainya,’’ ujarnya lagi. 



Sementara itu, pada 20 Februari 2021 lalu, Ebit Lew melawat mangsa rumah terbakar yang membabitkan 10 keluarga di Kampung Pegawai, Alor Setar, Kedah

Dalam lawatan itu, beliau memberi sumbangan mesin basuh serta peti ais kepada sembilan keluarga yang terjejas teruk dalam kebakaran yang berlaku pada 19 Februari 2021. - KitaReporters


EBIT Lew melawat mangsa kebakaran di Kampung Pegawai Alor Setar, Kedah pada 20 Februari 2021 dan memberi sumbangan peti ais dan mesin basuh kepada sembilan keluarga yang terbabit dalam kebakaran tersebut. - Kredit Foto : Ebit Lew

2
0
0
0
0
You will be interested