Insan & Komuniti 03 Jul, 2020

Terlupa buka penutup muka! Ketika rakam gambar lesen memandu

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MEMPERBAHARUI lesen menjadi satu kewajipan bagi mereka yang mempunyai lesen memandu dan motosikal. Namun dengan norma baharu yang dialami hari ini, menyebabkan ramai yang baru berani keluar rumah untuk melakukan ‘kewajipan’ itu. Lagipun sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP), operasi di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditangguhkan. : KitaReporters

TERLUPA... Nur Nabihah terlupa membuka penutup muka ketika merakamkan gambar untuk tujuan memperbaharui lesen memandu, baru-baru ini. - Kredit foto: Twitter @nabihahaiman


Namun satu peristiwa melucukan berlaku kepada seorang remaja yang juga mahasiswa di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) ketika memperbaharui lesen memandunya  baru-baru ini. 

Nur Nabihah Aiman menerusi Twitter berkata dia menjadi ‘cuak’ ketika tiba di JPJ untuk tujuan berkenaan selepas namanya tiada dalam system menyebabkan dia perlu merakamkan gambar semula untuk tujuan berkenaan.

Mungkin belum dapat menyesuaikan dengan norma baharu yang diperkenal menyebabkan Nur Nabihah terlupa membuka beg sandang dan penutup muka ketika merakam gambar.

Kelakarnya… apabila siap jelas kelihatan tali beg sandang yang berada di badan selain penutup muka yang berada pada dagu.

Nur Nabihah menganggap kejadian melucukan sebagai sebagai kenangan dalam kehidupannya.


Nasib baik masih cun… walaupun ada penutup muka pada dagu.

Kongsinya, semuanya berlaku dengan pantas apabila pegawai JPJ meminta dia merakamkan gambar semula selepas gambar pasport berlatar belakang berwarna hitam putih tiada dalam simpanan peribadi.

Kisah lucu itu akhirnya disedari selepas ditegur oleh seorang lagi pegawai JPJ, namun semuanya sudah terlambat.

Remaja berusia 20 tahun itu mengakui dia terpaksa reda dan anggap peristiwa itu  sebagai pengalaman melucukan dalam hidupnya.

Memang lucu dik…ni baru lain daripada lain!

Ternyata norma baharu yang diamalkan kini masih pada fasa awal dan masih ramai yang belum dapat menyesuaikan diri.

Semoga kejadian lucu yang berlaku kepada Nabihah tidak berlaku kepada individu lain, sekali gus mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati.

Apapun Nabihah tetap cun walaupun ada aksesori fesyen baharu pada dagu!!!

Perkongsian gadis berkenaan mendapat perhatian ramai pengguna Twitter yang begitu terhibur dengan kisahnya. - KitaReporters

4
2
2
4
0
You will be interested