Insan & Komuniti 10 Jul, 2020

Terbaik Uncle Kentang! Dua hari kutip RM90k beli van jenazah

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SALAH seorang aktivis masyarakat terkenal, Kuan Chee Heng, 57, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang meluahkan rasa terharu apabila inisiatif yang digerakkannya bagi mengumpul dana untuk membeli sebuah van jenazah berjaya direalisasikan oleh rakyat Malaysia dalam tempoh masa yang pendek sahaja. : KitaReporters

Uncle Kentang gembira dengan semangat Malaysia tanpa mengira kaum sehingga dapat mengumpul wang dalam tempoh dua hari untuk membeli sebuah van jenazah. 

Dia berjaya mengumpul sebanyak RM90,000 dalam tempoh dua hari melalui laman Facebook bagi membeli sebuah van jenazah.

Menerusi laman sosial Facebooknya, Uncle Kentang berkongsi penghargaan itu untuk tatapan umum.  

“Sejarah bagi kita semua. van jenazah berjaya direalisasikan melalui laman sosial Facebook.  

“Terima kasih. Kita berjaya hasilkan van jenazah melalui kutipan derma di Facebook dalam masa 2 hari. 

“Ini membuktikan kerjasama dan perpaduan dalam Malaysia wujud dan kental. Tabik kepada anda semua. Hidup Malaysia!” tulisnya dalam Facebook dengan penuh semangat.

FB @Kuan Chee Heng : TERIMA KASIH. KITA TELAH BERJAYA VAN JENAZAH KE 5. Kini kita sedang buat kutipan untuk Van jenazah ke 6 untuk di sumbang kepada penduduk Raub, Pahang.HARAP KITA DALAM MASA 30 HARI DAPAT SELESAIKAN VAN KE 6 UNTUK PENDUDUK RAUB. 


Uncle Kentang menunjukkan keadaan van jenazah hasil sumbangan orang ramai melalui Facebooknya. - Kredit foto: FB Kuan Chee Heng


Uncle Kentang dikenali apabila sering mendapat liputan dalam media elektronik dan cetak. 

Dia banyak melakukan sumbangan amal kepada golongan yang memerlukan baik dalam bentuk barangan keperluan, termasuk wang hingga perkhidmatan ambulans percuma serta mewujudkan polis komuniti.

Baru-baru ini, Uncle Kentang menyatakan bajetnya sudah habis dan tidak dapat memberi perkhidmatan baik seperti dahulu.

Uncle Kentang menyampaikan sendiri barangan keperluan kepada pihak tertentu. - Kredit foto: Malaysia Gazette


14
4
3
1
1
You will be interested