BAGI peminat kucing, hubungan erat mereka sangat unik! Malah tidak salah jika menyatakan kucing juga dilayan seperti manusia dibelai dan dimanja.
Bagi pemilik kucing yang prihatin, tidak menjadi masalah bagi mereka jika perlu berhabis kepada anak bulus kesayangan asalkan cantik pada mata mereka.
Namun, anak bulus ini juga mempunyai beberapa perangai seperti suka meneroka kawasan baharu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing si bulus
Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Wan berkongsi momen istimewa dalam akaun TikTok yang menunjukkan video penemuannya dengan seekor anak bulus yang comel tersebut.
Kemungkinan bunyi meow kucing yang berterusan dan kuat mendorong Wan memberhentikan kenderaan sebelum menemui anak kucing berkenaan.
Malah Wan berkata dia kemudian memberhentikan kereta dan tidak menyangka menemui anak bulus comel itu di bahagian bonet hadapan kenderaan.
Namun katanya agak terkilan apabila pertemuan berkenaan hanya disedari selepas hampir 12 jam perjalanan.
Alamak! Lamanya awak ‘berkampung’ dalam enjin tu.
Namun Wan menjelaskan dia sendiri tidak mengetahui dari mana dan bagaimana anak bulus berkenaan boleh masuk ke dalam bonet berkenaan dan terus berada dalam keadaan selamat.
“Sumpah tak tahu dari mana dia datang,” tulisnya di dalam kapsyen.
Menerusi beberapa lagi video yang dimuatnaikkannya, Wan kemudian mengeluarkan kucing tersebut dan membawanya ke dalam kereta untuk diberi makanan serta turut memaklumkan keadaan kucing tersebut semakin baik.
Dalam masa yang sama, Wan berkata dia membawa anak bulus comel tersebut pulang ke rumah untuk dijaganya.
Sejurus selepas menemukan kucing berkenaan Wan terus singgah di kedai berdekatan dan membeli makanan untuk ‘anak angkat’ itu.
“Memang dalam kereta ada siap sedia makanan kucing, alhamdulillah dia selera makan walaupun takut-takut.
“Alhamdulillah, si kecik semakin baik, terus pergi beli barang dia kat Mr DIY tadi lepas tu seludup bawak tidur hotel sekali,” kongsinya lagi.
Beruntung anak bulus dipertemukan dengan Wan, semoga anak bulus terus selamat bersama pemilik barunya. - KitaReporters