Kisah Insan 17 Aug, 2022

Enggan beri pinjaman! Majikan parah dipukul pekerja sendiri! Kini bertarung nyawa di hospital!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan sejak 2007 dan masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


APABILA manusia terdesak menyebabkan mereka tergamak melakukan apa sahaja, kadangkala seperti sudah hilang kewarasan otak untuk berfikir dengan baik. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan masalah wang!

Tergamak melakukan apa sahaja termasuk mencuri bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

Di Indonesia seorang majikan, Mawardi terpaksa bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan teruk akibat kesan ditikam dan dipukul oleh pekerjanya sendiri kerana enggan memberi pinjaman.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan hutang bawa padah



Tragedi berdarah yang berlaku di Dusun Alur Jerok, Kampung Alue Tuwi, Daerah Rantau Selamat, Aceh Timur, Indonesia pada 12 Ogos 2022 lalu yang berpunca selepas seorang pekerja lelakinya cuba meminjam wang dengan majikannya dengan alasan mahu menghantar wang berkenaan kepada isterinya yang baru lepas bersalin di kampung.

Mawardi yang tidak mengendahkan permintaan berkenaan kerana dia yang merupakan pemilik kebun getah itu baru sahaja membayar gaji kepada pekerja berkenaan.



Mungkin geram dengan permintaan tidak dituruti, pekerja lelaki berkenaan bertindak luar batasan dengan memukul Mawardi dengan sebilah parang di kepala sebelum menikam majikan berkenaan.

Menyedari perbuatannya adalah salah, suspek kemudian melarikan diri dengan menggunakan motosikal milik majikannya.

Namun, sebelum melarikan diri, dia juga sempat mencuri wang milik majikan sebanyak 1.5 juta rupiah (RM455).

Mawardi pula yang masih berlumuran darah terpaksa berjalan sejauh satu kilomer dari kebun getah miliknya ke kawasan perumahan berdekatan bagi meminta pertolongan untuk dihantar ke rumah sakit.

Penduduk yang terkejut melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah terus membawa ke hospital berdekatan sebelum menghubungi pasukan keselamatan.



Mawardi kemudian dikejar ke Pusat Kesihatan Rantau Selamat sebelum dirujuk ke Hospital Langsa kerana mengalami kecederaan parah selain mengalami luka pada kepala dan dahi.

Mangsa turut mengalami kecederan pada bahagian telinga, lebam di pipi dan beberapa bahagian badan yang lain kerana kesan tumbukan dan hentakan yang dilakukan oleh suspek ketika melepaskan geram kepada suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rantau Selamat, Ipda T Sulaiman berkata, pihaknya giat menjalankan pencarian suspek di semua kawasan.

"Kami sedang mengendalikan kes dan pelaku kini berada dalam senarai dikehendaki polis," katanya sambil memberitahu, suspek masih belum dapat ditangkap setakat ini.

Ternyata kerana mahukan wang ada yang tergamak menyerang dan memukul majikan sendiri. 

Semoga kejadian yang berlaku memberi pengajaran kepada semua. Jikapun kita amat memerlukan wang, elaklah berbuat sesuatu yang akan memakan diri sendiri kelak. - KitaReporters


13
8
0
9
0
You will be interested

Kupu-kupu malam menangis, rindu kepada Allah! Ebit Lew berdakwah di kelab malam! Bagi jubah, tudung!

Ustaz Ebit Lew kongsi pengalamannya jumpa beberapa wanita yang menjadi wanita malam, ada terdiri beragama Islam dan bukan Islam di sebuah kelab malam di Jakarta

Adnan Mohamad in Kisah Insan 2 days ago

Angkara lamarannya ditolak! Lelaki tergamak tikam wanita diminati sampai mati! Untuk balas dendam!

Hanya kerana cintanya ditolak, Sing Jabairama bertindak kejam selain balas dendam dengan tikam mangsa yang juga rakan sekerja, Anitta Yoosothana sehingga mati
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 15 hours ago

Video| Tak berperikemanusiaan! Pemandu ambulans tinggalkan wanita mengandung! Tak mampu bayar kos!

Seorang pemandu kereta ambulans tinggalkan seorang wanita hamil di tepi jalan kerana mereka tak mampu bayar kos pengangkutan berjumlah Rs1000 (kira-kira RM56)
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 16 hours ago

Video| Semoga pak cik lejen cepat sembuh! Pak cik jual air kopi kaww murah, viral kini jatuh sakit!

Perkongsian seorang wanita mengenai kesihatan seorang pak cik dikenali sebagai penjual air kopi murah dan padu sehingga viral kini jatuh sakit undang rasa sedih
Fitri Hazim in Kisah Insan 1 day ago

Video| Pesanan terakhir Bob Lokman! Taubatlah dahulu sebelum kita mati! Insya-Allah mati dalam insaf!

Bertaubatlah dahulu sebelum kita mati. Pasal yang kita hidup dahulu Allah tak ambil kira kalau kita taubat dan jadi manusia yang baik di sini Allah - Bob Lokman
Jamliah Abdullah in Kisah Insan 1 day ago