Insan & Komuniti 23 Jul, 2023

Tolong kami! Bantu adik Sufi Syafrina! Ismail Sabri seru Keluarga Malaysia tampil hulur sumbangan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini (23 Julai 2023) berkunjung ke rumah adik Sufi Syafrina Mohd Shafiq, berusia enam bulan yang didiagnosis mengidap penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.  

Mohd Shafiq Idrus, bapa kepada Sufi Syafrina memaklumkan bahawa mereka memerlukan dana sebanyak RM9 juta untuk membeli ubat Genetik Zolgensma dan seterusnya dapat menjalankan rawatan pemulihan penyakit tersebut.  

Sementara itu, Ismail Sabri menyeru Keluarga Malaysia untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu bayi yang sedang bertarung nyawa itu. 

“Saya amat tersentuh melihat keadaan adik Sufi Syafrina yang terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan 24 jam untuk meneruskan  kehidupan.

“Saya turut dimaklumkan rawatan ini perlu dilakukan segera atau sebelum usia mencecah 2 tahun. 

"Saya berharap lebih banyak pihak seperti syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut  sama membantu agar rawatan ini dapat disegerakan,” kataya. 

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Mohd Shafiq melalui talian 011-59787879 atau sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank Maybank atas namanya bernombor 562021680453. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
7
0
11
0
You will be interested