Insan & Komuniti 20 Jul, 2022

Sangat tragik, memilukan! Bayi 4 bulan maut! Dilempar monyet liar! Selepas terlepas pelukan bapa!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MEMPUNYAI bayi yang masih kecil mesti menjadi tumpuan keluarga, gelagatnya yang comel pasti menjadi kesayangan seisi keluarga.

Namun siapa sangka keterujaan tersebut bagi pasangan suami isteri di India yang baharu menerima kehadiran bayi lelaki empat bulan lalu bertukar menjadi tragedi yang memeritkan kepada keluarga berkenaan apabila anak kesayangan tersebut mati selepas ‘dicuri' oleh sekumpulan monyet liar.


Lagi kisah-kisah gembira dan tragedi berkaitan bayi-bayi



Memetik laporan dailymail.co, kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku di Kampung Dunka, Uttar Pradesh  apabila bayi lelaki berusia emat bulan didakwa terlepas daripada pelukan bapanya sebelum dilempar sehingga mati oleh monyet liar yang datang secara tiba-tiba di kediaman berkenaan.

Ketika kejadian, bapa mangsa, Nirdesh Upadhyay berdiri di bahagian luar rumah tiga tingkat bersama isteri serta bayi lelaki mereka.

Namun ketika sedang ralik menikmati minum petang bersama-sama, secara tiba-tiba sekumpulan monyet liar memanjat ke atas bumbung dan mengepung mereka bertiga.



Keadan bertukar menjadi panik apabila pasangan itu terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang berkenaan.

Bapa bayi berkenaan pada awalnya yang sedang memegang erat bayi berkenaan cuba menghalau monyet berkenaan dan cuba melarikan diri dan masuk ke dalam rumah.

Namun Nirdesh yang memangku anaknya tersepak sesuatu di halaman rumahnya menyebabkan bayi yang dikendong terlepas daripada pangkuannya.

Sepantas kilat, bayi tersebut disambar oleh salah seekor monyet liar lalu bertindak mengambil anak lelakinya sebelum melempar bayi berkenaan ke bawah rumah tersebut.



Bayi berkenaan yang pada awalnya kedengaran menangis dan tiba-tiba mendiamkan ketika jatuh ke tanah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berikutan hentakan kuat dari tempat yang tinggi.

Insiden berkenaan dalam siasatan pihak polis.

Ketua pemuliharaan bandar Bareilly, Lalit Verma berkata, pasukannya telah dihantar untuk menyiasat kejadian berkenan.

Jelasnya, kejadian melibatkan serangan monyet liar sehingga meragut nyawa bukan kali pertama dilaporkan di India kerana banyak kejadian serupa berlaku sebelum ini. - KitaReporters


 

12
19
0
14
0
You will be interested