Insan & Komuniti 25 Dec, 2022

Video| Tolong kami! Bantu Rosmaliza! Kumpulkan wang baiki bumbung rumah rosak! Suami tak mampu kerja!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this


SUDAH jatuh ditimpa tangga. Setiap orang diuji dengan ujian berbeza-beza. Mereka yang diuji pasrah dan reda kerana itu sudah ditakdirkan Allah Taala. 

Tidak terkecuali ujian yang diharungi pasangan suami isteri, menimpa Ramli Mat Taha, 51, dan isteri, Rosmaliza Rusli, 43, apabila rumah didiami mereka bersama lima anak rosak akibat dilanda ribut kencang baru-baru ini, sekali gus menyebabkan mereka kini terbeban dengan masalah kewangan ketika Ramli pula tidak mampu lagi bekerja kerana menghidap dua penyakit kronik.


Lagi cerita-cerita prihatin berkaitan kes-kes Tolong Kami


Keadaan rumah Rosmaliza Rusli selepas dilanda ribut.


Tetap bertahan ketika menerima ujian kerana bagi Rosmaliza, setiap manusia sentiasa diuji cuma cabarannya berbeza.

Rosmaliza ketika ditemui KitaReporters berkata, mereka memerlukan anggaran RM15,000 untuk membaiki kerosakan rumah di Kampung Darat, Sungai Ular, di Balok, Pahang dan dia buntu memikirkan dari mana boleh mendapatkan dana bagi tujuan berkenaan.

"Bumbung rumah diterbangkan angin, bahagian dinding konkrit pula retak," katanya ketika ditemui dirumahnya itu. 

Menurut Rosmaliza, suaminya sudah tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit kencing manis sejak 15 tahun lalu yang turut menyebabkannya mengalami masalah penglihatan, selain kini turut menderita penyakit buah pinggang tahap lima.

"Saya pula terpaksa berhenti kerja sebagai penebar roti canai kerana perlu uruskan suami. Dia kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut kerana jangkitan kuman selepas lakukan hemodialisis.

"Dengan anak yang masih belajar, ditambah pula tiada pendapatan tetap, saya tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi," katanya namun tetap bersyukur kerana suami menerima bantuan bulanan Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).


Rosmaliza Rusli melihat rumahnya yang sudah tidak berbumbung selepas diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut pada 18 Disember 2022.


Selain bantuan bulanan RM500 daripada MUIP, katanya, Ramli turut menerima pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), juga sebanyak RM500 bagi meneruskan kehidupan.

Rosmaliza bersama empat daripada lima anak kini menumpang rumah adiknya, Rosmahira Shakilra, 32, manakala suami dan anak bongsu mereka, Muhammad Hidayatullah, 10, menumpang di rumah ibu mentuanya, Siti Rafeah Sheikh Ahmad, 66, di kawasan berhampiran.

Dalam kejadian pada jam 11.30 malam, 18 Disember 2022 lalu, rumah Rosmaliza antara tujuh kediaman mengalami kerosakan pada bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang.

"Bunyi angin yang kuat, hujan lebat, ribut serta kilat dan bekalan elektrik terputus tiba-tiba mengejutkan kami yang sedang asyik menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia. Saya terus mendapatkan anak bongsu yang baru sehari berkhatan dan kami berlindung di bahagian dapur. 

"Suami pula terpaksa berjalan dalam keadaan teraba-raba sebelum dibawa ke rumah ibunya. Saya kemudian terkejut melihat keseluruhan bumbung di bahagian ruang tamu dan beranda rumah sudah tiada, manakala bumbung bilik pula terkopak, namun bersyukur kerana tiada ahli keluarga cedera," katanya.


Sebahagian atap zink yang terkopak di bahagian dapur rumah Rosmaliza Rusli


Menurutnya, dalam keadaan suami tidak sihat, dia perlu berikhtiar mengumpul wang secepat mungkin untuk memasang bumbung baharu bagi mengelak rumah terus mengalami kerosakan akibat dimasuki air hujan.

Menurut Rosmaliza, dia tidak tahu sampai bila akan menumpang di rumah adiknya kerana bumbung rumahnya belum dapat dibaiki lagi dan keadaan dalam rumah yang masih tidak terurus.

"Bekalan elektrik juga sudah dipotong pada hari kejadian untuk mengelak berlaku kejadian litar pintas," katanya.

Rosmaliza berkata, dalam keadaan suaminya yang tidak sihat, dia perlu berikhtiar mengumpul wang secepat mungkin untuk memasang bumbung baharu bagi mengelak rumahnya dimasuki air hujan.

Kepada orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Bank Islam 13026027888170 (Zamri Mat Taha) atau hubung talian 0142967826 (Rosmaliza). - KitaReporters

Keadaan rumah Rosmaliza Rusli selepas dilanda ribut

9
6
0
9
0
You will be interested