Insan & Komuniti 21 Feb, 2023

Tabik Shahril Zakaria! Fasha Sandha dapat bertemu rider dicari! Ingin bagi hadiah atas kejujurannya!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


BARU-BARU ini tular satu video dalam Tiktok yang menunjukkan seorang rider atau penghantar makanan yang terlanggar kereta mewah seseorang di hadapan Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah mendapat pujian ramai pihak. 

Disebabkan itu, pelakon wanita, Fasha Sandha telah memuat naik dalam Instragram miliknya untuk mencari adik tersebut yang menurutnya seorang lelaki yang baik dan jujur dalam kehidupannya.

Bagi Fasha, ada sesetengah itu yang langgar terus melarikan diri tanpa berhenti meminta maaf kepada kereta tersebut. Tindakan melarikan diri ini membuatkan orang lebih marah kerana bagi mereka berhenti meminta maaf itu pun sudah memadai daripada hilang begitu sahaja. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar makanan


Beliau mencari penghantar makanan tersebut kerana ingin memberikan hadiah kepadanya sebagai tanda kejujuran dirinya itu. Fasha turut memuji Andrew Cheah yang kerana berhati mulia dengan tidak minta bayaran ganti rugi daripada rider tersebut. 

Tidak sampai beberapa hari, akhirnya Fasha berjaya bertemu dengan adik tersebut atau nama sebenarnya, Shahril Zakaria. Beliau menyifatkan Shahril adalah contoh penghantar makanan yang baik kerana kejujurannya. 

Ini kerana rider tersebut tidak melarikan diri sebaliknya berhenti dan berjumpa sendiri dengan pemilik kenderaan tersebut dan minta maaf sambil berjanji akan bayar ganti rugi berdasar berapa harga kerosakan itu. 

Shahril ada berkata beliau tidak melarikan diri disebabkan telah melakukan kesalahan dan tiada sebab untuk melarikan diri. Ini adalah satu contoh terbaik untuk orang ramai. 



Pemuda berusia 19 tahun ini juga kelihatan tenang dan boleh tersenyum sambil menjawab beberapa soalan daripada pemilik kenderaan mewah itu yang bernama Andrew Cheah. 

Mungkin disebabkan kejujuran adik ini membuatkan Adrew memilih untuk berdamai dan tidak meminta bayaran daripada adik trsebut apatah lagi upah yang diterima oleh penghantar makanan tidak begitu tinggi. - KitaReporters


 

11
11
0
15
0
You will be interested