Keadaan Stesen Kereta Api Bekok, Johor yang mula beroperasi pada 19 Ogos 2024 lalu.
ADUN Bekok, Tan Chong (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai kemudahan lif yang disediakan di Stesen Kereta Api Bekok semasa meninjau kemudahan di stesen tersebut pada19 Ogos 2024.
Penduduk Bekok, Johor khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) boleh menarik nafas lega apabila stesen kereta api baharu yang lebih selesa mula digunakan pada 19 Ogos 2024 lalu.
"Saya difahamkan pemindahan operasi ke stesen baharu ini dari stesen sementara bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan tapak stesen sementara itu serta kawasan sekitarnya.
"Pada masa ini hanya satu platfom sahaja digunakan iaitu platfom dua bagi mengelakan sebarang kekeliruan dalam kalangan pengguna selain belum terdapat keperluan untuk menggunakan kedua-dua platform ketika ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau kemudahan stesen kereta api tersebut pada 19 Ogos 2024.
ADUN Bekok, Tan Chong bertanya sesuatu kepada pegawai KTMB mengenai operasi Stesen Keretapi Bekok yang mula dibuka ketika meninjau kemudahan stesen tersebut.
Menurut beliau, stesen tersebut dijadualkan siap sepenuh dan boleh beroperasi secara maksimum pada April 2025 depan sementara pengoperasian serta pengumuman berkaitan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT).
"Ia penting bagi memastikan mereka yang kurang berkemampuan seperti warga emas tidak perlu menggunakan tangga untuk bergerak dari satu platfom ke platform lain," katanya. - KitaReporters
Kaunter tiket Stesen Keretapi Bekok, Johor yang lebih selesa terletak di Pintu A stesen tersebut.