Insan & Komuniti 09 May, 2025

Video| Untunglah! Tak perlu susah cari sarapan! Tunggu je pakcik motor roda tiga datang depan rumah!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: akmar_mm@yahoo.com

Share this

.


Teringat zaman kecil dahulu di mana lori ikan yang menjual aneka jenis lauk basah seperti ikan, ayam, daging, sayur dan bermacam-macam lagi bahan masakan, keliling kampung untuk dijual kepada penduduk setempat. Perkhidmatan ini mendapat sambutan kerana dulu-dulu bukan dekat kalau mahu beli barang basah di pasar.

Namun, sesuai dengan peredaran zaman di mana kawasan kampung mula menerima pembaharuan dan kedai-kedai runcit serta pasar raya mula tumbuh bak cendawan, perkhidmatan lori ikan sudah kurang mendapat sambutan.

Di kampung penulis, lori ikan masih ada walaupun semakin banyak pasar raya mini tumbuh. Ia mendapat sambutan kerana di kampung penulis kebanyakannya dihuni oleh warga emas iaitu generasi pertama Felda. Jadi, tidak hairanlah ia masih bertahan hingga kini walaupun persaingan semakin sengit. 



Tapi kali pertama penulis dengar dan lihat selain lori ikan, ada lagi perkhidmatan hampir sama iaitu motor roda tiga yang menjual pelbagai jenis makanan (sarapan). Sesuatu yang jarang dijumpai!

Perkongsian oleh seorang pengguna TikTok bernama Aina Muni mengenai pakcik motor roda tiga yang menjual kuih-muih di tempatnya (Terengganu), menarik perhatian para netizen.

Menurutnya, dia tidak perlu lagi bersusah-payah keluar mencari sarapan dengan adanya perkidmatan tersebut.



“Ada lagi ke dekat tempat awak orang jual makanan keliling rumah macam ni? Seronok macam ni, kalau malas-malas tunggu je pakcik ni lalu depan rumah,” ceritanya.

Dalam video pertama yang dikongsinya, kelihatan seorang lelaki pertengahan umur sedang membawa motor roda tiga berhenti di hadapan rumahnya. 

Menariknya, motor tersebut digunakan untuk membawa pelbagai jenis makanan (sarapan) dan kuih-muih.

Hal tersebut membuatkan netizen teruja dan berharap perkhidmatan tersebut ada di tempatnya.



“Tolonglah ronda taman saya. Saya malas nak keluar kalau mood masak tu tak datang. Foodpanda keras sikit harga makanan. Kadang-kadang sampai asal siap je kedai tu masak. #luahperasan,” tulisnya.

Dalam video kedua, Aina Muni memenuhi permintaan salah seorang netizen yang mahu melihat apakah jenis makanan dan kuih-muih yang dijual oleh pakcik tersebut.  

“Maaf, kita lambat update makanan apa pakcik ni jual. Ada ke makanan yang awak suka kat situ?” tulisnya? 



Malah, ada yang berseloroh mahu berpindah ke sana kerana mahukan perkhidmatan tersebut. Yelah, kalau di bandar bukan ada perkhidmatan seperti ini selain gerai tepi jalan atau perkhidmatan penghantaran makanan yang sudah tentu caj servisnya agak mahal.

“Untungnya awak ada orang jual depan rumah macam ini. Kita duduk KL mimpi jelah,” keluh salah seorang netizen. - KitaReporters


10
11
0
17
0
You will be interested