Insan & Komuniti 01 Jun, 2025

Terima kasih! 117 calon program MyLesen terima lesen B2! Boleh tunggang motosikal tanpa disaman lagi!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this
Sebahagian calon Program MyLesen JPJ Parlimen Labis 2025 yang berjaya mendapat lesen P Kelas B2 secara percuma.

Melihat rakan-rakan lain sudah mampu berdikari menunggang motosikal sendiri ke sekolah setiap hari menerbitkan rasa sesal dan iri dihati kerana dia masih mengharap kudrat tua bapanya menghantar dan menjemputnya ke sekolah setiap hari untuk menimba ilmu.

Hampir dua tahun Erwin a/l Jasondas, 18, memendam hasrat untuk menunggang motosikal sendiri ke sekolah seperti rakan sebaya lain namun tidak mampu berbuat demikian kerana tidak memiliki lesen memandu.

Namun pada penghujung Febuari lalu  peluang mendapatkan lesen memandu kelas B2 secara percuma di bawah Program MyLesen B2 JPJ Parlimen Labis 2025 bagai bulan jatuh ke riba baginya dan dia tidak berfikir dua kali untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut.

Erwin a/l Jasondas 


"Hampir tiga bulan menanti dan mengikuti silubus serta ujian memandu seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Pengkangkutan Jalan (JPJ), saya kini berjaya memiliki lesen memandu P kelas B2 yang melayakan saya menunggang motosikal.

"Selepas ini saya akan menunggang motosikal ke sekolah dan tidak perlu lagi membebankan bapa saya untuk menghantar dan mengambil saya di sekolah setiap hari," kata pelajar tingkatan 6 SMK Labis ketika Majlis Penyerahan Lesen Memandu Kelas B2 kepada peserta  Ptogram MyLesen B2 Parlimen Labis di Pusat Latihan Memandu Labis pada 29 Mei 2025 lalu.

Program yang disempurnakan oleh ADUN Bekok, Tan Chong itu menyaksikan seramai 117 peserta yang terdiri daripada remaja dan belia berusia 16 tahun hingga 35 tahun daripada golongan B40 berjaya lulus ujian dan memperolehi lesen memendu kelas B2 secara percuma.

Peserta paling muda berusia 16 tahun yang berjaya mendapat lesen P kelas B2 melalui Program MyLesen JPJ 2025 bagi Parlimen Labis.

Tan Chong beramah mesra dengan peserta Program MyLesen 2025 Parlimen Labis ketika Majlis Penyerahan Lesen P B2 kepada peserta berjaya di Pusat Latihan Memandu Labis, Johor pada 29 Mei 2025.


Sementara itu seorang lagi peserta, Nurul Syazwani Izzati Jasni, 20, mengakui faktor kewangan merupakan antara punca ramai remaja terutama dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah tidak memiliki lesen memandu.

Menurutnya, kos untuk mengambil lesen memandu kelas B2  adalah sekitar RM400 ketika ini dan jumlah tersebut agak membebankan bagi golongan B40 terutama bagi mereka yang mempunyai bilangan anak yang ramai dan  masih bersekolah.

Dia yang bekerja secara sambilan di salah sebuah kedai makanan segera di sini bercadang untuk menunggang motosikal sendiri untuk berulang alik ke tempat kerja berbanding terpaksa berjalan kaki atau mengharap bapanya untuk menghantar sekiranya bapanya ada waktu terluang. 

Dalam masa sama dia berharap program ini diteruskan untuk masa akan datang kerana ia bukan sahaja dapat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki lesen memandu secara percuma, malah apa yang lebih penting mampu menanggani masalah pengguna jalan raya tanpa lesen memandu dalam kalangan remaja selain melahirkan lebih ramai pengguna jalan raya berhemah.


Nurul Syazwani  Izzati Jasni 


Salah seorang peserta yang berjaya mendapat cabutan bertuah yang disampaikan oleh Tan Chong.


Dalam pada itu Tan Chong menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ujian yang dijalani oleh peserta tersebut dimudahkan dan terdapat peserta yang gagal menyermpurnakan ujian dengan baik tetapi sengaja diluluskan dan diberikan lesen memandu.

"Tiada sebarang keistimewaan atau pilih kasih terhadap peserta program ini. Mereka perlu menjalani semua silibus dan ujian yang ditetapkan seperti calon-calon biasa.

"Kerana matlamat program ini bukan sekadar mahu membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan lesen memandu, sebaliknya melahirkan golongan yang patuh pada undang-undang, cekap mengendalikan kenderaan  dan berhemah di jalan raya.

"Suka saya maklumkan bahawa jumlah peserta pada tahun ini hanya 121 orang  berbanding pada tahun 2024 seramai 233 peserta. 

"Ini disebabkan pada tahun 2024 program ini dibuka kepada mereka yang berusia 16 tahun ke atas sementara tahun ini dikhaskan kepada golongan muda berusia 16 hingga 35 tahun sahaja," katanya.

Menurutnya, seramai 117 daripada 121 calon yang mendaftar berjaya memperolehi lesen memandu kelas B2 di bawah Program MyLesen pada tahun 2025 ini kerana empat lagi calon tidak memberi kerjasama baik dan gagal memperolehi lesen tersebut. - KitaReporters

Tan Chong (tiga dari kiri) bersama Ketua Cawangan JPJ Segamat, Norma Ismail (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama peserta yang berjaya mendapatkan lesen memandu Kelas B2 semasa Majlis Penyerahan Lesen P Kelas B2 Program MyLesen JPJ Parlimen Labis 2025 di Pusat Latihan Memandu Labis pada 29 Mei 2025.

15
10
0
13
0
You will be interested