.'
Watch on TikTok

Syarikat ESR Motor akan mengagihkan sebanyak 20,200 ekor ayam ke 101 masjid di seluruh Perlis sempena bulan Ramadan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Agihan dilakukan secara berperingkat-peringkat setiap hari dengan 2,000 ekor ayam dihantar ke masjid-masjid terpilih. Inisiatif ini bertujuan membantu golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan bagi membuat persiapan berbuka puasa serta bersahur sepanjang bulan yang mulia ini.

Adib Affandi Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Motor.
Pengarah ESR Motor,
Adib Affandi Mohamad,
atau lebih dikenali sebagai Mat Motor
berkata, program ini adalah salah satu usaha syarikat untuk menyantuni
masyarakat dan memastikan mereka yang kurang berkemampuan tidak terpinggir
dalam menikmati rezeki yang lebih baik sepanjang Ramadan.
“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban penerima serta memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan. Ini juga selari dengan nilai Madani yang menekankan keprihatinan dan kesejahteraan sosial dalam kalangan rakyat,” katanya.

Adib, seorang usahawan muda kelahiran Perlis, dikenali kerana semangat keusahawanan dan keprihatinannya dalam membantu masyarakat setempat.
Di bawah kepimpinannya, ESR Motor bukan sahaja berkembang dalam industri automotif tetapi turut aktif dalam menjalankan program CSR bagi memberi kembali kepada masyarakat.
Masjid Al-Hussain Kuala Perlis merupakan
antara masjid yang menerima sumbangan ini dengan proses pengagihan dikendalikan
oleh amil masjid dan jawatankuasa pengurusan bagi memastikan bantuan sampai
kepada penerima yang layak.
Pihak masjid yang terlibat turut menzahirkan penghargaan kepada ESR Motor atas inisiatif ini dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat. - KitaReporters

Adib melakukan pemantauan di ladang penternakan ayam yang akan diagihkan nanti.
