
Bagi menjalankan akad nikah, Handoko terpaksa berjalan kaki sejauh 136 kilometer bermula 5 Disember 2025 dan mengambil masa tiga hari dari rumahnya di Takengon di Acheh Tengah ke rumah bakal isterinya, Uliya di Lhoksukon di Acheh Utara.
Handoko terpaksa menempuh perjalanan ekstrem selepas beberapa laluan utama ditenggelami banjir lumpur dan jalan rosak teruk.

Kerana bencana alam di sejumlah kawasan di wilayah Acheh menyebabkan ibu bapa dan adik beradiknya tidak dapat mengiringi Handoko ke majlis akad nikahnya.
Mujurlah ada beberapa kawannya sanggup ikut serta dengan menaiki beberapa motosikal.
Hanya sejumlah kecil perjalanan Handoko menumpang motosikal sedangkan sebahagian besar dia perlu berjalan, malah rakan-rakannya turut terpaksa menolak motosikal kerana keadaan jalan yang teruk. Dan ada perjalanan terpaksa mengharungi sungai.


Handoko memuat naik pengalaman sensasinya dalam Instagramnya, @handoko_115 lalu tular dalam kalangan netizen.
Ketika dihubungi Wolipop, Handoko menyatakan dia sudah selamat bernikah dan berada di rumah mertua dan kenduri secara sederhana telah dijalankan.

