Insan & Komuniti 09 Oct, 2025

Video| Lirik spontan! Suara sedap! Lawak bersahaja! Wanita curi perhatian warganet! Tak kering gusi!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: [email protected]

Share this

Gelagat lucu dan suara merdu wanita ini mampu menceriakan hari sesiapa sahaja. Biarpun hanya duduk di dalam kereta, aura positifnya cukup kuat hingga berjaya mencetus fenomena dalam TikTok.



Nama akaun @annatongai menjadi sebutan dalam TikTok. Wanita ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaya spontan menyanyi dalam kereta, sambil mencipta lirik lucu yang tidak disangka-sangka. 

Tanpa perlu set pentas atau mikrofon mewah, caranya yang bersahaja sudah cukup membuat ramai tidak kering gusi.



Antara video paling tular miliknya dengan kapsyen berbunyi “Ada yang rentan-rentan ke tu kene naik kerja hari ni? Aku tak, aku ok je ”, mencatat 3.6 juta tontonan dengan lebih 223,000 tanda suka dan 5,915 komen. 

Dalam video itu, Annatongai menyanyi mengikut melodi lagu popular, 'Hati Kama' nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris, namun menggubah semula liriknya secara spontan dengan gaya lucu dan santai.



Ketika ditanya oleh netizen sama ada lirik yang diciptanya itu spontan atau tidak, Annatongai menjawab dengan selamba,

“Spontan dik, kalau SpongeBob dia dalam air,” jawapan yang membuat ramai ketawa besar dalam ruangan komen. Seorang pengguna lain turut memuji keaslian bakatnya dengan menulis,

“Cantik jugak lirik, kak. Akhir dengan -an. Akak bijak.”

Namun, siapa sangka gaya bersahaja itu menjadi terapi tawa buat ribuan pengguna TikTok. Ramai yang mengakui, menonton videonya mampu menghilangkan tekanan dan menceriakan hari.



Antara komen paling mencuri perhatian datang daripada netizen yang menulis:

“Saya kakak budak ni! Dia masa kecil kena demam panas sampai sawan, tu sebab tu dia ada short sikit. Kami terima dia seadanya.”

Komen itu membuat ramai ketawa berdekah. Ada juga yang turut menyalin semula keseluruhan lirik spontan Annatongai seperti dilakukan oleh seorang netizen ini yang menulis:



“Menendang-nendang sambil jalan sambil dengan satu taman, bukan nak tunjuk perasaan, kukerja dengan kerelaan. Jangan kau melawan kita kuli bukan hartawan, demi sesuap makan tetap kerja walau hujan.”

Netizen lain pula memuji bakat nyanyian wanita ini.  “Weh lirik tu nombor dua, nombor satunya suara dia ni. Best dengar,” tulisnya. 



Kreativiti dan lawak spontan Annatongai bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menjadi pengubat hati bagi yang sedang bersedih atau penat dengan urusan harian. 

Gelagatnya yang natural, suara yang sedap dan aura positif yang tulen menjadikan akaun @annatongai antara yang paling menyeronokkan untuk diikuti. - KitaReporters



10
9
0
14
0
You will be interested