Insan & Komuniti 05 Nov, 2025

Video| Diselubungi misteri? Nampak kelibat 2 lembaga di R&R! Dirakam dashcam! Bila siang baru tahu!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: [email protected]

Share this

Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, kewujudan entiti atau makhluk halus seperti jin, hantu dan penunggu tempat bukanlah perkara asing. 



Sejak turun-temurun, kisah tentang entiti ghaib yang menghuni kawasan sunyi, bangunan lama, hutan belantara serta lokasi terpencil sering menjadi sebahagian daripada cerita rakyat, peringatan dan kisah pengalaman peribadi. 

Walaupun kemajuan teknologi dan sains semakin berkembang, kisah gangguan dan kelibat misteri di lokasi gelap terutama pada waktu malam masih menjadi fenomena perbualan hangat dalam masyarakat.

Justeru, tidak hairanlah kalau satu video dashcam yang memaparkan dakwaan kelibat misteri di Hentian Sebelah Maran, Pahang, menarik perhatian ramai apabila dimuat naik oleh pengguna TikTok, Elmin Jamil.



Dia mendakwa merakam satu kelibat misteri ketika singgah di situ kira-kira jam 3 pagi semasaa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, pada awal November 2025 lalu. 

Menerusi video yang dimuat naik, Elmin dan kakaknya singgah untuk menukar pemandu. Walaupun keadaan kelihatan normal, Elmin berkata matanya tertumpu ke arah belakang sebuah kedai berhampiran sebelum terlihat sesuatu yang mencurigakan dalam kegelapan.

“Dalam video, macam normal je tapi ada something. Aku gosok mata banyak kali sampai kakak tanya okay tak. Aku diam sebab perjalanan masih jauh. Pagi tu check dashcam, and yes ada,” katanya.



Jelasnya lagi, kawasan berkenaan hanya mempunyai laluan kecil untuk motosikal tanpa pondok atau ruang untuk individu berehat.

“Belakang kedai tu memang ada jalan kecil je. Tak ada pondok untuk orang lepak dan memang gelap gelita. Tapi aku act chill, tukar driver macam biasa,” ceritanya. 

Namun, Elmin berkata kakaknya tidak melihat sebarang kelibat pada waktu kejadian.

Video berkenaan mencetuskan perdebatan klasik dalam kalangan warganet, adakah ia benar-benar entiti halus atau sekadar bayangan pokok dan ilusi optik dalam keadaan gelap? 

Sebahagian netizen mendakwa video itu menunjukkan sesuatu yang tidak normal.



Sementara itu, seorang netizen berkongsi gambar pada waktu siang di lokasi kejadian. Gambar itu menjadi bukti ia sebenarnya tiada apa-apa. 

Berdasarkan gambar tersebut, seorang netizen menjelaskan bahawa kelibat yang disangka dua entiti itu sebenarnya struktur rumah pam yang terdapat di lokasi berkenaan.

Kewujudan sebatang pokok di bahagian tengah struktur tersebut menyebabkan ia kelihatan seolah-olah terdapat dua sosok misteri dalam rakaman. 

Dia juga turut berkongsi gambar pada waktu siang dan jelas menunjukkan apa yang diperkata.



“Yang ni nampak sahih. Dalam gelap nampak macam dua lembaga, apabila siang baru nampak pokok tengah-tengah,” komen salah seorang netizen.

Ada pula yang menyarankan supaya menilai secara logik dan tidak terlalu cepat mengaitkan dengan unsur mistik.  

“Sikit-sikit hantu. Padahal tak ada benda pun. Cuba positif sikit,” kata netizen tersebut, disambut reaksi bersetuju daripada ramai. 



Manakala netizen lain menambah bahawa bayangan tanpa pencahayaan mencukupi sering mengundang kekeliruan visual.

“Kadang-kadang makhluk halus, kadang-kadang baju jemuran, kadang-kadang banner. Banyak faktor,” ujarnya secara sinis.


 


Perkongsian seperti ini bukanlah yang pertama. Banyak pemandu sebelum ini berkongsi pengalaman serupa, terutama di laluan sunyi dan hentian rehat yang kurang pencahayaan. 

Sesetengah mengaitkannya dengan kepercayaan tradisi, manakala yang lain menganggapnya sebagai halusinasi akibat keletihan.

Walau apapun penjelasan, fenomena ini terus menjadi sebahagian daripada warna-warni kisah jalan raya di negara ini, membuktikan bahawa cerita mengenai entiti ghaib masih hidup dalam budaya dan imaginasi masyarakat Malaysia. - KitaReporters



11
14
0
10
0
You will be interested