Insan & Komuniti 22 Jul, 2024

Influencer bodoh atau tak selidik? Monas tiada dalam senarai tower? Tak tahu beza tugu dan menara?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sebelum buat content dan berkongsinya dalam media sosial, pastikan ia tidak membuatkan diri anda kelihatan bodoh. Justeru, belajar dan kaji dulu sesuatu perkara sebelum dibuat content. Apatah lagi kalau anda seorang pempengaruh (influencer)!

Namun, percaya atau tidak, ramai pempengaruh sengaja buat content bodoh yang mengundang kecaman semata-mata mahukan tanda suka dan jumlah tontonan tinggi. 

Mereka sanggup dikecam dan dihambur dengan kata-kata kesat asalkan tujuan tersebut tercapai. Tidak kurang juga yang semberono membuat content.


Pelbagai gambar menara di setiap negara dipamerkan di sini.


Begitulah nasib seorang TikToker dari Indonesia yang berkongsi videonya bercuti ke Malaysia. Percutian tersebut digunakan sepenuhnya untuk membuat content. Sambil makan angin sambil bekerja. 

Apa yang mengundang kecaman apabila dia berkongsi video ketika dia berada di atas Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Dalam video tersebut, dia mempersoal kenapa dalam senarai menara-menara terhebat seluruh dunia yang ada di Menara KL, tiada tersenarai Monumen Nasional (Monas) di Jakarta. Tegasnya, Monas juga tidak kurang hebatnya berbanding menara di negara lain. Selain tinggi, Monas juga gah.


Monumen Nasional (Monas) di Jakarta, Indonesia. - Kredit Foto: Google Image


“Monas kita tidak diiktiraf dunia? Atau kerana Monas bukan menara yang hebat? Bagaimana pendapat anda?,” tulisnya.

Dek kerana content yang tidak bijak itu, dia dikecam hebat oleh netizen. Rata-rata netizen menjelaskan Monas bukanlah menara (tower) sebaliknya adalah tugu peringatan (monument).

“Monas bukan menara. Monas adalah tugu peringatan. Memang tak masuklah. Harus tahu beza tugu peringatan dan menara,” tulis salah seorang netizen.



Manakala seorang lagi netizen merumuskan content tanpa usul periksa boleh memecahbelahkan.

“Content tanpa kajian hasilnya memecahbelahkan. Pergi kaji beza menara dengan tugu seperti Monas. Boleh naik dan ada pejabat ke dalam Monas?,” soalnya.



Sebelumnya, TikToker ini pernah mencetuskan perdebatan antara netizen Malaysia dan Indonesia kerana membuat content mengenai tandas awam di Kuala Lumpur yang berbayar. Dakwanya, bayaran yang dikenakan sangat mahal iaitu RM2 sekali masuk. Padahal tandas yang dimasukinya itu adalah tandas premium. Banyak lagi tandas di dalam pusatbeli-belah di Kuala Lumpur yang percuma. Tandas mahal juga yang dimasukinya. - KitaReporters


9
16
0
11
0
You will be interested