Seorang lelaki dikenali sebagai Sah, yang cemburu buta telah melakukan menyerang dan bertindak kasar termasuk mendera secara keterlaluan isterinya dikenali sebagai Reni, 44.
Mujur Reni yang dalam keadaan lemah masih mampu melepaskan diri. Dan dengan bantuan jiran, dia dapat membuat laporan polis.
Lagi cerita-cerita menyayat hati berkaitan penderaan
Peristiwa keganasan rumah tangga ini terjadi di Kabupaten (daerah) Banyuasin, Sumatera Selatan, Indonesia pada Jumaat, 4 Jun 2021.
Suaminya dilihat mengacukan pemetik api ke badannya yang sudah dilumur minyak tanah.
Reni dibantu oleh jiran untuk membuat laporan polis. - Kredit foto: Tribun Sumsel.
Pengakuan itu membuat si suami berhenti menyeksa. Dan Reni memberi alasan hendak buang air. Suaminya membenarkan Reni pergi ke bilik air. Ia merupakan peluang baik bagi Reni melepaskan diri. Dia pantas pergi ke rumah jiran berdekatan.
Dengan bantuan jiran, Reni membuat laporan polis. Setelah membuat laporan, Reni dibawa ke sebuah hospital.
Reni yang trauma akibat penyeksaan itu diberi khidmat kaunseling oleh Polis Banyuasin dan kemudian dibawa ke sebuah hospital.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Banyuasin, AKP M Ikang Adi Putra. Sah melarikan diri setelah mengetahui isterinya membuat laporan polis.
Dia diburu polis dan boleh didakwa atas tuduhan mendera isteri. Pasangan ini sudah 8 tahun berkahwin. - KitaReporters